mereka sudah pun berada di hadapan pintu kelas .
jaemin dengan senang lenang sahaja dia masuk ke dalam kelas tanpa menunggu izin guru yang sedang mengajar di hadapan .
satu kelas hanya memandang gerakan jaemin , hyunmin mengetuk pintu kelas dengan perlahan .
" maaf cikgu , kami lambat " tutur hyunmin sopan .
cikgu dee mengalih pandangannya daripada jaemin kepada hyunmin .
" hm . pergi duduk tempat kamu cepat , mengganggu pelajaran saya saja " balas cikgu dee sambil membetulkan kaca mata bulat hitamnya dan menyambung pelajaran .
hyunmin mengangguk janggal dan cepat cepat pergi ke tempatnya .
sedang menuju ke tempatnya , dia terpandang jaemin yang duduk selang satu meja belakangnya dan membuat tentangan mata tetapi kalini hyunmin memilih untuk mengalih pandangan ke tempat lain .
tempat hyunmin bersebelahan dengan tingkap kerana dia suka melihat benda yang berwarna biru dan hijau yang dapat menenangkannya , seperti alam semulajadi .
hyunmin mengeluarkan buku teks mata pelajaran yang sedang mereka pelajari sekarang dan fokus dengan ajaran cikgu dee .
sekali sekala , hyunmin mengambil sekilas pandangan di belakangnya di mana terlihatnya jaemin tidak fokus dalam pelajaran .
kerjanya asyik tidur ataupun mendengar lagu dengan earphonenya sambil menutup mata dan menyandar ke belakang kerusi dengan kedua dua tangan berlipat di dada .
cikgu dan pelajar tidak menghiraukannya kerana sudah terbiasa dengan perangainya seperti itu sejak dia menjejak kaki ke dalam sekolah ini .
hyunmin menggeleng kecil dan mengalih pandangannya ke hadapan semula .
────────────
kringgg !!
loceng berbunyi menandakan tamatnya hari persekolahan .
semua pelajar keluar seperti kambing terlepas dari kandangnya kerana tidak sabar untuk balik ke rumah ataupun pergi bersenang lenang selepas tamat sekolah .
hyunmin melepaskan keluhan yang panjang sambil meregangkan tangannya tinggi tinggi .
lenguh , rasa lenguh sangat sangat .
hyunmin yang tidak sabar sabar untuk pulang dan menghepaskan badannya ke atas katil kesayangannya pun berdiri dan mengemas semua barangnya yang bersepah di atas meja .
di dalam kelas ini , cuma tinggal dia dan jaemin sahaja .
nampaknya jaemin juga sedang mengemas barang barangnya untuk pulang juga .
selesai saja hyunmin mengemas , dia terus menggalas beg ke bahu dan hendak berjalan keluar tetapi tiba tiba ada kejadian berlaku .
dia dan jaemin berlanggar antara satu sama lain kerana bergerak dalam masa yang sama .
meja jaemin berada satu baris di belakangnya jadi , mereka berlanggaran .
hyunmin pun meringis kesakitan .
fuhh keras betul bahu dia , macam simen dinding rumahnya .
hyunmin menoleh ke belakang dan kelihatan seorang lelaki yang bernama na jaemin .
tanpa sedar , hyunmin memandangnya terlalu lama sehingga membuatkan jaemin berasa tidak selesa .
" ehem excuse me , can you step aside ? " kata jaemin .
tersedar dari lamunan , hyunmin berdehem dan cepat dia meminta maaf .
" ouh sorry sorry " katanya sambil berundur dan jaemin pun pergi dengan begitu sahaja tanpa berkata apa apa .
hyunmin memandang belakang jaemin dengan tajam sambil mengumpat di bawah nafasnya kerana tidak berterima kasih kepadanya .
" ''excuse me , can you step aside ?'' ceh , aku pun boleh speaking " kata hyunmin , mengajuk kembali ayat jaemin sebentar tadi dan berjalan keluar .
𝘁𝗼 𝗯𝗲 𝗰𝗼𝗻𝘁𝗶𝗻𝘂𝗲𝗱 .

ANDA SEDANG MEMBACA
selipar, jaemin
Fanfiction" aduh ! selipar siapa pula yang hinggap atas muka aku ni ! " " alamak , mati lah kita nakk ! " completed, (fetus writing!) 2021, © feenarsha