jaemin dan hyun sudah pun graduate dari highschool tahun lepas .
sekarang , mereka berdua sambung belajar di kolej dan harini mereka pun sudah bergelar sebagai suami isteri yang sah .
" jaemin , hyun ~ kamu berdua sekarang dah sah jadi suami isteri jadii , kamu berdua kena duduk sebumbung dah . takmo duduk duduk ngan kami dah . " kata mrs na pada jaemin dan hyun selepas habis majlis perkahwinan mereka berdua .
hyun terbeliak mata bila dengar apa yang mak jaemin kata .
hyun menoleh kesebelah dan menarik narik lengan baju mak nya .
mrs lee hanya menghiraukan saja panggilan isyarat anaknya .
hyun pula mengeluh kecil dan menoleh ke sebelah kiri dimana jaemin berada .
jaemin memandangnya dengan muka bosan macam biasa .
hyun mengalih pandangannya ke haechan pula , haechan hanya senyum dan menepuk nepuk bahu hyun .
hyun mengeluh .
" terpaksa la jugak duduk ngan budak tu " kata hyun pelan pada dirinya .
🥨🥨🥨
hyun dan jaemin sudah pun sampai di depan rumah mereka berdua dan masuk ke dalam .
' wah ! cantik gak eh dalam dia . my ideal ~ ' kata hati hyun .
" aku amik bilik besar kat atas , kau amik bilik sebelah sana . " kata jaemin dengan beku dan pergi ke arah bilik nya dengan beg luggage nya .
" eh !- hmmmm dahlaa malas aku nak layan budak tu " kata hyun pada diri sendiri dan menuju ke biliknya .
🥨🥨🥨
habis membersihkan diri , hyun pergi ke dapur untuk memasak untuk mereka berdua .
jangan salah faham , walaupun hyun benci si jaemin tu , dia masih ada hati yang nurani .
habis saja hyun masak , menghidang dan mahu memanggil jaemin , tepat tepat jaemin turun dari biliknya masa tu dengan kertas di tangannya .
hyun yang mula pelik terus berkata .
" jaemin , tu kertas apa ? "
jaemin memandang hyun dengan ekspresi macam biasa .
" lepas makan aku bagitahu " balas jaemin dan mula makan .
hyun memandang jaemin seketika , kemudian mengangkat bahunya dan mula makan .
selepas beberapa minit berlalu , semasa hyun tengah makan , tiba tiba .
TUMPH !
tersedak mak hang si hyun , tiba tiba ada orang hentak meja dengan kertas berada di bawah tapak tangan itu .
hyun terbatuk batuk dan menepuk dadanya berkali kali dan cepat cepat minum air kosong yang berada di sebelah nya dengan rakus .
nasib tak tersedak sampai kat hidung . nasib bukan makan tomyam , kalau tak dah lama dah arwah siapa yang buat hyun tersedak .
hyun mahu melihat siapakah gerangan yang melakukan hal sejahat itu dan tentulah jaemin yang melakukan .
siapa saja yang duduk dalam rumah ni selain dari mereka berdua .
hyun menatap jaemin tajam .
" oh maaf " kata jaemin dengan biasa .
hyun buat muka tak percaya dan berdecit .
" asal ? " kata hyun dan sambung makan makanannya .
jaemin ber ' ehem ' dan bersuara .
" ini syarat syarat dalam rumah ni " kata jaemin sambil menolak kertas di depan hyun .
hyun berhenti makan dan mengangkat kening . dia mengambil kertas itu dan baca syarat syarat yang jaemin aturkan .
┌───────────────────────┐
syarat - syarat kalau nak duduk dalam rumah ni ;① : respect privacy orang. mind your own business.
② : jangan expose relationship ni dekat kolej or anyone. only our parents je tahu.
③ : jadi stranger kalau dekat kolej, kat luar dan mana mana. kecuali masa ada parents kita berdua.
④ : takboleh jatuh cinta antara satu sama lain. full stop.
└───────────────────────┘hyun berdecit dan memandang jaemin .
" fine , setuju . tch , syarat nombor empat tu mustahil kalau terjadi " kata hyun dan menjuling matanya .
" ok good . " balas jaemin acuh tak acuh sambil berdiri dari kedudukannya dan pergi ke biliknya .
hyun mengelip ngelip matanya tak percaya . main blah gitu je mamat tu .
terima kasih pun takde lepastu pergi dengan perut buncit gitu jah .
hyun menggeleng kepala nya dan mula mengemas dan basuh semua pinggan .
𝘁𝗼 𝗯𝗲 𝗰𝗼𝗻𝘁𝗶𝗻𝘂𝗲𝗱 .
YOU ARE READING
selipar, jaemin
Fanfic" aduh ! selipar siapa pula yang hinggap atas muka aku ni ! " " alamak , mati lah kita nakk ! " completed, (fetus writing!) 2021, © feenarsha