seventeen

79 11 0
                                        

" dah siap ! lain kali , hati hati bawa basikal dekat lorong pejalan kaki . dekat situ ramai orang lalu lalang guna lorong tu " kata nurse sambil mengemas aid kit , selepas membalut dan merawat luka luka hyun .

" hehe baik nurse . lain kali saya berhati hati , terima kasih nurse " balas lelaki itu , menggosok belakang lehernya .

" takde pape la , tapi , sama sama " kata nurse dengan senyuman dan pergi .

selepas nurse sudah pergi , lelaki itu pun mengalih pandangannya ke hyun .

hyun duduk di atas katil klinik dengan balutan di lutut dan tapak tangannya . sikunya ditampal dengan band aid spongebob . kepala hyun masih menunduk dari tadi .

lelaki itu menelan air liurnya .

" emm , apa kata saya belanja awak makanan atau minuman sebagai permaafan untuk tadi , macam mana , deal .. ? " kata lelaki itu dengan janggal .

hyun mengangkat kepalanya pelan dan memandang gerangan di hadapannya .

woww . hensem siak mamat ni . plus comel lak tu . nak je cubit pipi dia .

macam mana nak marah kalau comel gitu . aww

hyun sedar dari lamunannya apabila lelaki itu menjentik jari di hadapan mukanya .

hyun berdehem sebelum menjawab .

" okey , deal ! "

lelaki itu senyum dan hyun pun balas balik dengan senyuman manisnya .

" oh ya , nama awak siapa ? " tanya hyun .

" oh maaf , lupa nak perkenalkan diri hehe . nama saya jung sungchan atau panggil je sungchan . hari ini , hari pertama saya di kolej ni " balas sungchan , menghulur tangannya dengan senyuman .

hyun hanya meng ' ohh ' , sembari menggangguk kepalanya . dia menjawab huluran tangan si sungchan dengan senyuman .

" hyunmin . lee hyunmin " balas pendek hyun .

🥨🥨🥨

" hmmm ~ sedap sedap ! thank you belanja ! " kata hyun gembira .

sungchan senyum dan menggangguk dengan perkataan ' sama sama ' .

sekarang waktu rehat untuk pelajar pelajar kolej . mereka tengah duduk di cafeteria kolej .

" sungchan , awak lahir bila ? " tanya hyun pada sungchan dengan mulut penuhnya .

sungchan tawa kecil sebelum mengelap comotan di tepi bibir hyun .

hyun hanya senyum .

sungchan membalas senyuman hyun balik .

" 2001 " balas sungchan .

" eo ? kita seumur lah ! " jawab hyun gembira seperti anak kecil baru dapat gula gula .

sungchan terlalu geram dengan kecomelan hyun sehingga dia menyerabaikan rambut hyun .

" hey ! apa main main sepahkan rambut orang ni " marah hyun dengan gurau sambil membetulkan rambutnya .

sungchan ketawa kecil dan tolong hyun membetulkan rambut hyun sekali .

" mian mian , awak comel sangat , sebab tu saya geram tu " kata sungchan dengan ketawanya .

mereka berdua bergurau senda dan ketawa sana sini dan mereka berada di dalam alam mereka sendiri sampai terlupa diorang dekat mana sekarang .

satu cafeteria memandang mereka berdua dengan ' aww ~ i want that kind of relationship ' .

tapi ada seorang yang tidak puas hati apabila dia melihat mereka berdua dari tadi . tanpa dia sedar , dia menggenggam kuat sudu di dalam tangan kanannya .

kemudian dia berhenti menggenggam dan sedar .

' asal kau jeles , jaemin . dia bukannya sesiapa pun pada kau ' kata hati jaemin sebelum dia bangun dari tempat duduknya dan pergi dari cafeteria .

🥨🥨🥨

kolej pun tamat dan sekarang , hyun dan sungchan sedang ketawa sakan sambil menuju ke pintu pagar utama kolej untuk balik .

" sungchan , nak nombor telefon awak boleh ? nanti kita boleh chat chat " kata hyun dengan senyuman .

sungchan mengangguk dan mereka pun bertukar nombor masing masing .

lepas habis tukar nombor je , hyun dapat satu pesanan dari unknown .

hyun berkerut dahi sebelum menekan unknown message . yelah , mana tahu penting ke .

unknown
tunggu dekat tempat aku
hantar kau pagi tadi

siapa..?

unknown
jaemin

eh? macam mana awak
dapat nombor saya

jaemin
ada la

creep..

jaemin
banyak songeh lak kau,
cepatlah ! aku dah sampai.
tinggal kau satgi kang, nangis

hek eleh
seen

' ceh , seen ' carut hati hyun .

" kenapa " tanya sungchan disebelahnya , melihat perubahan ekspresi muka hyun .

" ouh tak , ni ha , saya dah kena balik . kita jumpa besok ye , bye bye ! " lambai hyun .

sungchan pun membalas lambaian hyun sehingga bayangan hyun hilang dari pandangan matanya sebelum dia melangkah pergi .

𝘁𝗼 𝗯𝗲 𝗰𝗼𝗻𝘁𝗶𝗻𝘂𝗲𝗱 .

selipar, jaeminTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang