twelve

100 10 1
                                    

sekarang hyun sedang menunggu kedatangan bas untuk pergi ke sekolah . nasib harini dia tak bangun lambat so ada masa dia nak tunggu bas datang sebelum pintu utama sekolah ditutup . kelihatan bas sudah pun datang lalu hyun pun masuk ke dalam bas dan membayar dengan mengimbas kad basnya di mesin itu . habis je imbas kad , terus hyun pergi bergerak ke dalam untuk mencari tempat duduk .

tapi malangnya , tempat duduk sudah diduduki oleh ramai orang . takde satu tempat kosong pun dia nampak . semasa matanya meliar melihat sekeliling untuk mencari tempat duduk , dia ternampak sosok tubuh yang dia sangat kenali iaitu na jaemin . jaemin sedang duduk di tempat duduk belakang sekali dengan earphone dipasang ke telinganya memandang keluar tingkap sebelah kirinya .

lama juga hyun pandang sampai mereka bertentang mata dan hyun cepat cepat melarikan pandangannya ke luar tingkap bas . bas pun bergerak . dia berdiri sambil memegang pemegang yang sudah tersedia di dalam bas itu untuk mengimbangkan diri daripada terjatuh . hyun berdiri di sebelah kerusi khas untuk wanita hamil yang sudah diduduki satu orang . bukannya wanita hamil , tapi pakcik dengan perut burainya ke depan macam tengah ngandung anak sendiri .

hyun yang perasan ada wanita hamil disebelahnya sedang berdiri dan bukannya duduk di kerusi , terus dia melihat ke arah pakcik itu untuk menegur . " emm , pakcik . dia mengandung , boleh tak pakcik bagi dia duduk dekat kerusi yang pakcik tengah duduk sekarang ni ? " kata hyun sambil menunjuk wanita hamil di sebelahnya . pakcik itu memandang hyun kemudian mengalihkan pandangannya ke wanita hamil itu .

" tch ! kalau mengandung , tak payah keluar rumah . buat menyusahkan orang sahaja ! " balas pakcik itu dengan suara marah . mula dah bas dipenuhi dengan bisikan bisikan kerana mereka tidak percaya apa yang dikatakan oleh pakcik itu tadi . biadap ! . hyun memandang pakcik itu dengan pandangan tidak puas hati lalu dia mendengus geram dan menahan kesabarannya yang mula memuncak .

" pakcik , mana boleh cakap camtu . takbaik . nak kata pakcik ni buta , macam tak pulak . pakcik tak nampak ke dia ada tulis apa kat situ ? terang benderang kot kat kerusi tu dia ada tulis ' priority seat for pregnant women only ' and pakcik tu pun bukannya pregnant , so bagilaa dia duduk . kalau pakcik tak nampak , saya rasa pakcik kena pergi jumpa doktor mata untuk check penglihatan pakcik tu masih normal ataupun tidak . takbaik perempuan mengandung berdiri bila naik bas , sebab nanti diorang cepat loya atau pengsan and takbaik untuk ibu dan bayi dalam kandungan dia . harap pakcik faham . " balas hyun dengan sabar dan senyuman tidak ikhlas pun terbit di bibirnya . pakcik itu hanya menghiraukan saja kata kata hyun tadi .

wanita hamil tadi pun berkata pada hyun . " dik , takpeee akak berdiri je , jangan risau ~ " dengan senyuman di wajahnya . hyun yang melihat itu pun berasa simpati kerana pakcik itu menghina seorang wanita hamil . " berani ya kamu layan orang yang lebih tua dari kamu macam ni . budak zaman sekarang memang biadap ! " kata pakcik itu pada hyun dengan marah . hyun yang kesabarannya sudah habis , terus dia membuka mulut untuk balas ayat pakcik itu .

belum sempat hyun mahu membuka mulut , terdengar satu suara menegur mereka dan datang berdiri di sebelah hyun sambil memegang pemegang bas yang ada di atas kepalanya untuk mengimbangkan diri . " wahhh , ini dah melebih ~ apa salahnya kalau lelaki mengandung- " kata orang itu tergantung sekejap dan memandang pada hyun sebelum menyambung ayatnya . " -nak duduk dekat kerusi khas wanita hamil ? " dan ' dia ' mengalihkan pandangannya ke arah pakcik itu semula .

terkelip kelip mata hyun mendengar ayat yang keluar dari mulut kepunyaan orang itu yang bernama na jaemin . ya , jaemin yang menegur mereka . hyun mengalihkan pandangannya semula ke arah pakcik itu . dia nampak yang pakcik itu mula berasa tidak berpuas hati setelah mendengar jaemin memanggilnya ' lelaki mengandung ' .

jaemin pun sambung . " tengoklah perut dia ! " sambil menunjuk perut burai milik pakcik itu dan jaemin pun menyambung ayatnya . " nampak sihatttt je pastu besar pulak tu . mesti anak kembar ni " . satu bas melepaskan satu ketawa besar kerana rasa kelakar dengan kata kata jaemin .

" mwo ?! berani sungguh kamu biadap dengan orang tua ya ! ahjushi- " marah pakcik itu dan berdiri mahu keluar dari bas itu sambil jerit memanggil pemandu bas suruh berhenti di stesen bas dekat depan tu nanti . belum sempat pakcik itu mahu berdiri , jaemin terus menolak pakcik tu dengan lembut supaya duduk dekat kerusi tu balik .

" eh o hoi o hoi , takpe takpe , pakcik duduklaa dulu , kesiann saya tengok pakcik . macam dah nak beranak je tengok . chukahae , semoga pakcik beranak dengan selamat ya , hwaiting ! " kata jaemin sambil senyum . " ishh ! ahjushii ! " marah pakcik itu dan berdiri sambil menekan butang merah ditepinya untuk turun dari bas itu . bas pun berhenti dan pakcik tu pun dah pergi .

hyun hanya melihat pakcik itu keluar dari bas dan memandang jaemin dengan muka takjub . jaemin pula menyuruh wanita hamil itu untuk duduk di kerusi tu dengan senyuman . " terima kasih yee , dik . " balas wanita itu dengan senyuman . jaemin hanya mengangguk dengan senyuman . kemudian , jaemin mengalih pandangannya ke hyun dengan muka dingin . hyun yang memandang jaemin dari tadi , terus melarikan pandangan ke arah luar tingkap .

' bapuck hensem siak bila dia senyum ' kata hati hyun sambil senyum tapi tak bagi orang nampak .

🥨🥨🥨

kring kring kring !

" haihh .. akhirnya sekolah dah habis yehee ! " gembira hyun di tempat duduknya . cepat cepat dia mengemas buku , nak balik rumah cepat cepat . sedang dia fokus mengemas , dia terkejut sebab tetiba ada benda lalu sebelah dia , rupa rupanya jaemin yang lalu dengan earphone di telinga macam biasa dan tangan diseluk dalam poket seluarnya , berlalu keluar dari kelas tu .

terus hyun mengelus dada untuk menyenangkan jantung yang sedang berdup dap dup dap laju sebab terkejut tadi . bila badan jaemin hilang dari pandangannya , terus dia teringat scene dekat bas tadi .

" wahh ~ hebat siak dia tadi . nasib jaemin ada tadi , kalau tak dah lama aku lempar pakcik tu tadi dekat luar bas . main biadap mulut dia je cakap camtu dekat perempuan hamil . pastu dia tu , sape yang lahirkan dia ? mak dia jugak en . kalau takde mak dia tu , dia takkan wujud pun lah dekat dunia ni . pastu kata yang aku ni tak hormat dengan orang tua laa apa laa , hek eleh kalau dia tu tak biadap ngan aku first first , dah lama dah aku bersopan sopan ngan dia . ni tak , ada hingin nak aku hormat dekat dia sedangkan dia tak hormat kat aku dulu , eishh geram aku ! " bebel hyun sorang sorang sambil jalan keluar dari bilik kelasnya untuk balik .

hyun tak habis lagi membebel sorang sorang sampai tak sedar yang dia dah ada dekat gate sekolah dan terus dia diterjah oleh seseorang . " ADIKK !! " terjah seseorang pada hyun .

𝘁𝗼 𝗯𝗲 𝗰𝗼𝗻𝘁𝗶𝗻𝘂𝗲𝗱 .

-

'' scene bas = amik dekat kdrama 18 again tapi ubah sikit ^^

selipar, jaeminTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang