eight

131 10 1
                                    

selesai sahaja sesi berkenal dan bertukar nombor , mereka pun berpisah ke arah yang berbeza menuju ke rumah masing masing .

matahari sudah tenggelam , dua beradik pun tiba di rumah .

" fuhh penatnya " keluh hyunmin , melempar dirinya di atas sofa yang terletak di ruang tamu .

" tapi seronok kann " selit donghyuck di sebelah , mengikuti gerakan adiknya dengan menyandarkan dirinya di kepala sofa dan kepalanya mendongak memandang siling .

" hm hm , betul betul . dah lama tak keluar dengan family sendiri selepas mama dengan papa selalu outstation " balas hyunmin dan meniru gerakan abangnya yang memandang siling .

mata donghyuck berkeliaran di sekitar rumah sebelum muncul sesuatu benda di dalam benak fikirannya , dia menegakkan badannya memandang ke arah hyunmin

" haa cakap pasal mama papa kan , diorang ada mesej aku tau yang lagi berapa hari diorang akan balik sini "

dengan cepat hyunmin bangun dari baringannya dan memandang donghyuck dengan mata yang menunjukkan perasaan teruja .

" hah ? serius ?! wahhh mama papa dah nak balik ! aku rindu diorang , diorang asyik kerjaaa je sampai takde masa dengan anak sendiri . tapi nak buat macam mana kan , aku faham yang diorang busy sooo .. " hyunmin mengangkat bahunya .

" hm hm , sebab tu lah papa suruh aku berhenti sekolah suruh sambungkan tempat dia . untung kau , kau boleh pergi sekolah lagi . aku ni ? asyik terperap dekat pejabat papa tu je memanjang . dah lah berlambak fail fail yang aku kena siapkan " donghyuck memuncungkan bibir .

" kau tahu apa , aku yang budak sekolah ni pun dah stress dengan kerja kerja sekolah yang berlambak tu . tak siap homework , kena denda . kau takpe lah , tak kena denda pape " balas hyunmin tak nak kalah .

donghyuck memutarkan matanya ke atas .

" tch , aku lebih sanggup kena denda tak buat homework daripada dengar bebelan papa . boleh bingit telinga aku kau tahu , asyik asyik dengar papa punya mulut murai tu berpotpet potpet "

giliran hyunmin pula , memutar matanya ke atas .

" apa apa je lah weh . dah lah aku nak pergi mandi dulu , busuk bau badan aku . kau pun sekor , pergi mandi sekali . bau kau tu ha , sampai boleh buat lalat meninggal " dengan selamba hyunmin melangkah menuju ke biliknya .

" WOII !! ADIK DERHAKA BETUL , MANA BOLEH CAKAP MACAM TU DEKAT ABANG SENDIRI ! " jerit donghyuck tak terima .

────────────

hyunmin sedang meniarap di atas katilnya , di tangannya ada sebuah buku dan sedang memakai headphone – mendengar lagu kegemarannya .

kriuk kriuk ~

dia terdiam sementara selepas mendengar perutnya berbunyi menandakan dia lapar .

segera bangun daripada keadaan meniarap , menutup buku bacaannya dan lagu yang dia dengarkan tadi .

" aduhh boleh pulak dia berbunyi masa ni . aku malas nak beli makanan malam malam ni " dia membebel seorang diri sebelum memutuskan keputusan .

" tengok dulu lah kat bawah ada ke idok makanan "

tidak lupa untuk menukar pakaiannya kepada hoodie oversized dan seluar tracksuit seperti biasa untuk keluar pergi membeli makanan jika tiada apa apa makanan di dalam peti ais rumahnya .

dia pun turun menuju ke dapur dan sampai sahaja di dapur , dia tidak nampak kewujudan si abangnya .

mungkin dia sedang berada di dalam biliknya membuat urusan sendiri .

selalunya benda pertama yang hyunmin nampak dekat dapur adalah muka abangnya yang sedang berlatih memasak untuk mencuba menu makanan lain , katanya kalau mama papa takde dekat rumah boleh lah buka restoran untuk si adiknya .

pelanggan VVIP katanya , wahh so sawit si donghyuck ni .

hyunmin membuka peti ais dan mengintai isi di dalam perut peti ais .

dahinya berkerut apabila pandangan matanya jatuh di atas benda benda di dalamnya .

yang adanya cuma botol botol air kosong yang ditapis dari tanah dan sayur sayuran .

" aik ? dah habis dah ? " katanya sambil menutup pintu ais itu kembali .

" haih , nasib aku lah kena pergi keluar semata mata nak beli makanan " keluhnya dan melangkahkan kakinya dengan malas menuju ke pimtu utama .

belum sempat dia mahu memulas tombol pintu , ada seseorang dari belakang menegurnya .

" haa nak pergi mana malam malam ni ? " tutur donghyuck sambil turun tangga .

" aku lapo , nak pergi beli makanan jap . dalam peti ais tu cuma ada sayur ngan air sejuk je "

" ouh okey , sila lah pergi , hati hati . " donghyuck meletak punggungnya di atas sofa dan menyalakan TV di hadapannya .

" okeyy aku chaww luu , pis yow ! " hyunmin memulas tombol pintu dan melangkah keluar dengan seliparnya .

" wehh jangan lupa beli dua aiskrim untuk aku tau ! terima kasih adikku sayang , mwahh !! " jerit donghyuck .

" ye ye !! " balas hyunmin dengan jeritan lalu pergi dari situ .

────────────

" SESUCI ~ jwldgsgshs , SESUCI ~ aldhavsjdav , SESUCI ~ jkagdiwhsh " hyun menyanyi lagu dato siti nurhaliza bertajuk sesuci lebaran sambil melompat lompat menuju ke convenience store . berada di hadapan pintu kedai itu , terus dia masuk . loceng di pintu itu berbunyi menandakan ada pelanggan datang . " selamat datang ~ " tegur penjaga cashier itu dengan mesra dan senyuman . hyun pun balas dengan senyuman lalu pergi ke section makanan yang dia hendak beli .

" nak beli apa eh ? hmmm ~ beli jelaa pape , janji dapat isi perut yang kosong ni ~ " kata hyun pada diri sendirinya dengan matanya bersinar sinar melihat aneka makanan didepannya . hyun pun beli ramyeon untuk stock makanan dua beradik itu , tidak lupa untuk membeli aiskrim . dua untuk haechan dan tiga lagi until dirinya .

banana uyuu dia beli tiga . satu untuk haechan dan dua lagi untuknya , strawberry uyuu dia beli dua . satu untuknya dan satu lagi untuk haechan dan membeli satu melon uyuu untuk dia minum semasa perjalanan pulang menuju ke rumah . biasalaa kalau bab makanan ni en kena selfish siket hehe . selesai sahaja memilih makanan , dia berganjak ke cashier untuk membayar semua keperluannya .

" terima kasih , sila datang lagi ~ " tutur penjaga cashier dengan mesra dan senyuman macam tadi . hyun memegang plastik makanannya balas dengan senyuman lebar dan membungkuk sedikit . " naee ~ " . dia pun keluar dari kedai itu untuk pulang .

hyun mengambil melon uyuu dan mencucukkan straw ke dalam botol itu lalu meminumnya sambil berjalan . semasa perjalanannya , tiba tiba datang seorang lelaki dalam 50 - an kelihatan mabuk berat menegur hyun dengan senyuman pervertnya . " hai cantik ~ " .

𝘁𝗼 𝗯𝗲 𝗰𝗼𝗻𝘁𝗶𝗻𝘂𝗲𝗱 .

selipar, jaeminWhere stories live. Discover now