twenty - two

99 15 3
                                        

hyun sambung menangis selepas dia membersihkan diri . dia menangis puas di dalam biliknya .

dia duduk dalam keadaan memeluk lutut dan menyembamkan mukanya di lutut di tepi kaki katilnya .

kedengaran ketukan di pintu hyun .

" hyun , buka pintu ni " panggil jaemin .

hyun hanya mengendahkan saja dan naik ke atas katilnya dan menutup keseluruh badannya dengan selimut .

ketukan di pintu kali kedua .

" hyun , bukakan pintu ni . biar aku masuk " panggil jaemin lagi dengan lembut .

lagi sekali , hyun hanya mengendahkan dan terus tidur .

🥨🥨🥨

" haihh , dia dah tidur kot .. " kata jaemin pada dirinya .

dia mengeluh sebelum dia pergi ke biliknya .

2 : 05 am .

hyun terbangun dari tidurnya . dia menggosok gosok matanya . dia melihat diluar tingkap .

hujan turun dengan lebat sekali .

dia bangun dari katilnya dan menuju ke tandas untuk membasuh mukanya dan matanya yang sudah sebam kerana menangis tadi .

lepas habis basuh muka , hyun keluar dari tandas dan melompat atas katilnya untuk sambung tidur .

bila dia sudah pun baring , dia menutup kedua dua matanya untuk tidur tapi takboleh .

BOOM ! KZZZT ! BOOM !

dia takboleh tidur kerana bunyi hujan yang sangat kuat dan kilat , guruh yang berpancar pancar ke bumi .

hyun memeluk bantal untuk menghilang rasa takutnya pada guruh dan kilat tapi gagal .

dia menjerit kecil dan menutup telinganya dengan tangan apabila dia mendengar bunyi kilat .

hyun takut bila mendengar suara kuat seperti bunga api , bunyi siren , kilat dan guruh . kegelisahannya akan meningkat jika dia mendengar suara suara itu .

dia kena ada orang yang kena teman dia , baru dia boleh reda .

kalau bunyi tu ada masa dia tengah tidur , itu tidak mengapa .

ini masa dia sedar , mana taknya dia tak gelisah .

air matanya mengalir lagi sekali . takut akan bunyi kilat dan guruh yang kuat , plus dengan biliknya gelap .

orang yang ada di dalam fikirannya sekarang ni ialah na jaemin .

dia nak suruh jaemin teman dia tapi apakah dayanya , diorang cuma manusia yang suka bergaduh 24 jam , mestila takkan tenteram nanti . dengan pergaduhan yang kat bawah tadi pun belum selesai .

hyun hanya kurung niatnya yang mahu pergi ke bilik jaemin . tapi bunyi kilat dan guruh makin kuat , hyun tak dapat tahan dah .

terus dia bangun dari katilnya dan berlari ke pintu untuk membukanya dan pergi ke bilik jaemin .

bila sampai saja di hadapan bilik jaemin yang berhadapan dengan biliknya , dia teragak agak hendak mengetuk pintu .

kedengaran bunyi guruh lagi dan tanpa berlengah lagi , hyun terus mengetuk pintu jaemin .

mula mula , pintu tak buka lagi .

ketukan kali kedua tapi kuat lagi , baru pintu dibuka oleh jaemin dengan muka mamainya .

" huh , hyun ? kau buat apa kat– "

belum sempat jaemin bertanya , ayatnya terpotong apabila hyun memeluknya dengan erat .

jaemin terkejut dan melihat ke bawah , dimana hyun berada .

bunyi kilat berdentum dengan kuat dan itu membuatkan hyun terhinjut dan memeluk jaemin lagi erat .

jaemin terus menarik hyun ke dalam biliknya . dia menutup pintu dan membawa hyun di atas katilnya .

" hyun , kau okey tak , kenapa kau ketuk pintu aku ? and .. kenapa kau nangis ? " ucap jaemin dengan risau .

dia mahu mengelap sisa air mata hyun , tapi dia teragak agak sebab tadi kan diorang bergaduh . jaemin takut hyun masih marah padanya . jadi dia kurungkan niat dia untuk mengelap air mata hyun .

" e–em , jaemin . boleh tak saya nak tidur dengan awak malam ni , malam ni je " tanya hyun dengan menunduk ke bawah .

jaemin terkejut tapi dia tidak mahu tunjuk di hadapan hyun .

" k–kalau awak tak bagi , takpe , saya keluar dulu , maaf ganggu awak tidur .. " kata hyun dan mahu turun dari katil jaemin .

cepat cepat jaemin menahan hyun dengan memegang lengan hyun .

" meh , baring sebelah sini " kata jaemin sambil menepuk tempat di sebelah jaemin .

hyun mengangguk dan baring di sebelah jaemin . jaemin pun baring sekali di sebelah hyun .

mereka baring begitu beberapa minit macam tu lepastu bunyi guruh lagi .

hyun terus menutup telinganya dengan tangan dan menjerit kecil .

jaemin terus memandang hyun dengan risau . dia teragak agak mahu memeluk hyun untuk menenangkannya , tapi dia cuba melawan rasa gugupnya dan berjaya menarik hyun ke dalam dakapannya .

" shh shh , it's okay it's okay , aku kat sini , jangan takut " kata jaemin sambil menggosok gosok belakang badan hyun dan rambutnya dengan lembut dan memeluk hyun .

hyun terus meletakkan tangannya di pinggang jaemin dan memeluknya dengan erat .

mereka dalam kedudukan itu selama 12 minit dan hyun pun sudah tenang .

jaemin melihat hyun dan tersenyum apabila dia melihat orang kesayangannya tidur dengan lena dalam dakapannya .

" goodnight , pretty " bisik jaemin , mencium dahi hyun dan tidur bersama hyun .

𝘁𝗼 𝗯𝗲 𝗰𝗼𝗻𝘁𝗶𝗻𝘂𝗲𝗱 .

selipar, jaeminTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang