One-Sided Love ♡
Keesokannya, Farah duduk di sebuah meja bersama Ain dan Airil yang enak makan K Fry tanpa mempelawanya untuk makan sekali. Kata Airil, sebab Farah dah menang hadiah wang untuk program Masterchef semalam, jadi Farah tak dibenarkan untuk makan. Airil belanja Ain pun sebab dia dah janji pada gadis itu semalam.
Kejam betul ini anak, biar orang tengok mereka makan saja. Nasib baik Farah tak ambil hati dan iyakan saja kata-katanya.
Airil mengelap mulut dengan tisu sebelum bangun ingin mencuci tangannya dan membuang bekas ke dalam tong sampah berdekatan.
"Weh Ain, sir kata kelas diawalkan pukul 1:30 petang weiii! Dia kata kena masuk 10 minit awal pulak tu!" Farah separuh menjerit setelah membaca mesej dari group WhatsApp.
Airil yang berada tidak jauh dari mereka tercampak bekas ayam yang dibawanya selepas mendengar jeritan Farah. Nasib baik dah buang isi dalamnya. Kalau tak, bersepah la tulang-tulang ayam di kawasan tu.
"WhaT?!" Terperanjat Ain, hampir tercekik tulang ayam dia. Nasib baik tak.
Bekas ayam yang terjatuh tadi yang dikutip semula oleh Airil terpelanting lagi bila Ain pula yang terjerit.
'Heih, dua malaun ni dah kenapa terjerit-jerit?'
Geram hati Airil.
"Cepat weh kemas! Dah nak 1:20 pm weh!" Farah membantu Ain mengemas meja. Ain pula bangun dan pergi ke paip yang sedang digunakan Airil tidak jauh dari meja yang didudukinya.
"Tepi tepi!"
"Ehhhh-!"
Trhehsyydh!
Airil ditolak Ain lalu jejaka tersebut jatuh di atas pokok semak samun. Memercik air paip bila Ain membuka air besar-besar dan mencuci tangannya dengan laju. Kemudian, pili tersebut dipusing dan ditutup sebelum gadis tersebut bergegas berlari bersama Farah meninggalkan kawasan itu. Tidak lupa juga untuk membawa bekas ayam K Fry yang masih belum habis dimakan.
"Thank you lanje, Airil! Nanti belanja lagi okk~! Bye!" Ucap Ain sambil berlari. Dengan muka tak malunya minta belanja lagi.
Airil bangun dari semak samun dan membersihkan pakaiannya yang terdapat daun-daun melekat padanya.
'Heih, kabut betul. Nasiblah kawan.'
Bisik hati Airil.
♡♡♡
Pada jam 3:50 petang, Hanif menunggang motosikalnya untuk pulang ke kampus semula setelah selesai urusan di rumah. Lelaki itu memperlahankan motosikalnya sebelum berpusing untuk belok ke simpang kanan.
Secara tiba-tiba sebuah kereta memandu dengan laju bagi melepasi lelaki itu menyebabkan Hanif terkejut! Dia cuba mengelak dari terlanggar kereta tersebut lantas memusing motosikal ke kanan lagi namun hilang kawalan apabila terlanggar divider jalan pula. Hanif pun terjatuh di atas jalan raya tersebut. Motosikalnya juga jatuh melanggar kereta tadi.
"Argh.!" Rasa sakit mulai terasa.
Lengan dan lutut Hanif bergesek pada jalan tar yang kasar itu menyebabkan seluarnya koyak. Kedua-dua tapak tangan Hanif juga terluka. Darah mulai keluar pada kulitnya yang sedikit terkoyak oleh sebab bergesek pada jalan raya.
YOU ARE READING
One-Sided Love
RomanceFarah Dahlia x Hanif Irfan x Putri Arni Nafisah x Faizz Daniel I didn't know one-sided love would hurt that much. Until me myself went through it. And yes, it really hurts. - unknown "Jika pada akhirnya engkau tidak berjodohan dengan orang yang...