OSL 16 ❣️ Rahsia Faizz

229 53 27
                                    

One-Sided Love



          Lima hari kemudian, Helena, Mina dan Suhaa sedang duduk bersantai di kafeteria sambil menikmati makan tengah hari mereka. Tangan kiri Helena memegang telefon sementara tangan kanan pula memegang tin minuman Fruit Tree Apple Aloe Vera yang sudah separuh diminum.

          Tiba-tiba, Helena bingkas dari bersandar lantas menghentak tin minuman di atas meja mengejutkan Suhaa di hadapannya. Mina yang memakai earphone sambil meniup gula-gula getahnya menjadi satu belon tanpa sengaja meletup belonnya. Dia dan Suhaa pun memandang Helena.

          "Apahal kau ni?" Tanya Suhaa pelik.

          Helena mula bernafas berat.

          "Kau tengok ni." Skrin telefon ditunjukkan kepada Suhaa dan kemudian kepada Mina. Story Hanif yang terdapat gambar Arni sedang menggunakan telefon di sebuah taman. Tak perasan Arni yang lelaki itu telah mengambil gambarnya dalam diam.

          "Perempuan ni tak faham bahasa ke buat-buat tak faham? Hari tu bukan main mengangguk macam keldai bo**h, kata faham bagai. Sekarang masih keluar dengan Hanif aku. Ey, nak aku ingatkan sampai ke rumah dia ke baru nak masuk dalam kepala otak dia tu?" Omel Helena dengan kesabaran yang masih bersisa dalam diri.

          Mina menanggalkan kedua-dua earphonenya di pertengahan ayat Helena bagi mendengar dengan lebih jelas. Kemudian, dia membalas.

          "Hm, elok kita pergi jelah rumah dia. Kasi melekat pesanan khidmat masyarakat kau dalam kepala dia."

          "Hish!" Lengan Mina ditumbuk Helena. Tiada mood gadis itu hendak melayan jenaka rakannya.

          "Masalahnya kita tak tahu rumah dia kat mana. Erghhh." Helena bersungut-sungut pula. Dagu ditongkatkan dengan tangan.

          Ketiga-tiga wanita itu mula berfikir. Suhaa menyentuh dagunya dengan jari telunjuk dan ibu jarinya manakala Mina menyumbat semula earphone ke lubang telinga. Bertambah kusut minda Helena memikirkan jalan penyelesaian. Sungguh, fikirannya tidak tenteram melihat Hanif bersama perempuan lain. Lebih-lebih lagi apabila jejaka itu kerap bersama wanita tersebut.

          "Hish, nampaknya takde jalan lain selain cara ni untuk kita dapat tahu di mana rumah dia..." ujarnya serius.

          Suhaa terdiam sejenak.

          "Macam mana?"



          Putri Arni Nafisah

          Keesokannya, aku bersiap-siap untuk menghadiri kelasku yang akan bermula pada jam 10:00 pagi. Umi dan abah telah pun keluar ke tempat kerja mereka pada awal pagi. Jam dinding ruang tamu aku pandang. Pukul 9:15 pagi. Sempat kalau aku nak bersarapan sekejap.

          Aku tak rasa nak makan pun sebenarnya tapi aku kenalah lapik perut yang kosong ni. Nanti tak pasal-pasal buat konsert pulak perut ni waktu kelas. Malu je kalau orang dengar.

          Satu kotak bijirin Froot Loops aku ambil lalu aku tuang ke dalam mangkuk sebelum susu segar dari peti ais aku tuang juga ke dalam mangkuk yang sama. Malas mahu makan banyak. Jadi aku makan bijirin aje. Aku memang jenis yang tak makan banyak sewaktu bersarapan. Memang sarapan tak elok makan banyak kan?

One-Sided LoveWhere stories live. Discover now