One-Sided Love ♡
Farah melihat ragam orang sekeliling yang berjalan ke sana ke mari, ada juga yang duduk di ruang menunggu. Dalam hati, dia mengharapkan orang yang diharapkan untuk datang menghalangnya daripada pergi walau jauh di sudut hati, Farah tak mahu bersemuka dengannya. Dalam dia memandang kosong orang sekeliling, matanya tertancap pada sepasang pasangan. Hati Farah terasa ingin gugur melihat mereka.
Sahabat sejak kecilnya, Ain, sudah mengalirkan air mata mencari di mana keberadaannya. Airil di sisi memimpin tangan Ain bagi menenangkan wanita itu.
Saat mata Ain dan Farah bertembung, langkah Ain terhenti. Spontan wajah Ain berkerut ingin menangis lagi. Kakinya lekas berlari anak ingin cepat-cepat mendapatkan sahabatnya sebelum terlambat.
"Sayang, slow down please..." tenang suara Airil berpesan. Bimbang terjadi apa-apa tak diingini. Kerana isterinya sedang hamil hampir lima bulan sudah.
Sampai saja di hadapan Farah, Ain mendakap tubuh sahabatnya. Erat, tak mahu rakannya pergi.
"Farah... kau nak pergi mana..? Kenapa nak tinggalkan aku? Kenapa tiba-tiba..?" Tanya Ain dengan suara yang sudah pecah.
Farah diam. Tak mampu menuturkan apa-apa dan hanya mampu menahan air mata. Tak mahu menangis lagi. Sungguh, dia lelah.
"Aku nak ikutt..." rayu Ain berbisik.
Farah geleng kecil. "No," tuturnya turut berbisik. "Aku sangat memerlukan ruang untuk berseorangan... Duduk kat sini... tatap wajah orang yang aku kenali, terutamanya kau... buatkan aku teringat kenangan kita bersama... dan dia..."
Air mata Ain mengalir tak henti. Dia berdiam seketika, cuba untuk menahan tangis. Tapi sebak kian memberat.
Perlahan Farah meleraikan pelukan mereka.
"Hurmm..." terlepas rintihan Ain. Dia tak mahu Farah pergi.
"Farahhhhh..! Hurmm..! Jangan pergiiii!" Ratap Ain sambil mendakap tubuh Farah semula.
"Maafkan akuu.. aku bukan kawan yang baikkk..." pilu Ain mengujar. Bahunya sedikit terenjut dek menangis di bahu Farah.
"Ain... jangan cakap macam tu... Kaulah kawan terbaik dan paling penyayang yang pernah aku ada. Kau pemaaf, sama seperti suami kau, Airil. Takde siapa yang boleh gantikan kau sebagai sahabat."
Dakapan semakin diketatkan Ain. Tangisan yang semakin ingin dilepaskan ditahan sekuat hati. Nafasnya berhembus-hempas.
"Aku tak ada di sisi kau saat kau perlukan aku... aku tak tanya khabar kau sentiasa... I'm really sorry, Farahhh..." Bait Ain benar-benar menyentuh hati Farah.
"Ain, takk... tak apaaa... aku faham keadaan kau... Kau perlu berada di sisi suami sentiasa. Jangan la salahkan diri kerana aku..." air mata Farah akhirnya menitis di bahu Ain, sedih mendengar luahan sahabat.
"Aku akan balik... aku akan balik, Ain... jangan risau pasal aku," Farah berdesis halus di telinga Ain.
"Malaysia Airlines flight MH389 to Japan is now ready for boarding through Gate H1. Thank you."
Mendengar pengumuman tersebut, mata Ain tercelik, melihat ke atas seperti cuba memastikan betul-betul bahawa dia tidak tersalah dengar.
Farah lepaskan pelukan lagi. Kali ini bersama senyuman agar sahabatnya yakin bahawa dia akan tidak apa-apa di sana.
YOU ARE READING
One-Sided Love
RomanceFarah Dahlia x Hanif Irfan x Putri Arni Nafisah x Faizz Daniel I didn't know one-sided love would hurt that much. Until me myself went through it. And yes, it really hurts. - unknown "Jika pada akhirnya engkau tidak berjodohan dengan orang yang...