OSL 23 🤍 Kerana dia, ku melara

223 32 22
                                    

One-Sided Love



Hanif menatap skrin telefonnya lalu meletak semula telefon itu di atas meja. Kakinya tidak duduk diam di bawah meja. Kejap kaki kanan direhatkan atas kaki kiri. Kejap kaki kiri direhatkan atas kaki kanan. Sekejap bergoyang perlahan. Tangan pun tak duduk diam. Sekejap menongkat kepala dengan tangan kanan, kemudian tangan kiri. Lepas tu pegang tengkuk pula. Kemudian pegang telefon balik.

"Haih, kau ni.. bak sini phone tu." Airil mengambil Iphone 8 plus Hanif dari pegangan lelaki tersebut lalu diletakkan di sebelah yang agak jauh dari Hanif.

"Dari tadi dok perhati handphonenya. Pandang depan tu, sir tengah ajar."

"Malas laa..." Hanif terus merehatkan tubuhnya di atas meja lalu memejamkan mata.

"Jangan baring woi. Nanti kena panggil kang.. ha."

"Ugh.. aku rindu dia do..." rungut Hanif sambil bersandar malas pada kerusinya. Kepala melentok malas ke belakang.

"Sabar je la, Nep.. perempuan ni kau tak boleh memaksa. Diorang je boleh paksa kita." Ujar Airil. Tangan kiri menulis nota padat berdasarkan nota yang ditayangkan dalam powerpoint di hadapan.

"Aku tak tahu macam mana nak jumpa dia lagii... kalau sebelum ni aku jumpa dia kat pagar depan fakulti dia, kat rumah dia... sekarang dah takde. Aku tak nampak dia kat mana-manaa..."

"Bagi dia ruang lebih sikit. Kejap lagi dia baik la tu."

Hanif melepaskan keluhan berat. "Weh, aku nak phone aku."

"Nak buat apa?" Airil menoleh memandang Hanif sambil memegang telefon milik jejaka tersebut. Masih tidak menghulurkan lagi.

"Aku.." Hanif diam sekejap. "Tak tahulah.. aku nak call dia tapi mesti dia tak nak angkat. Mesej pun dah tak reply." Sisi leher digaru meski tidak gatal.

"Macam yang kau nasihat kat aku... kita kena bagi ruang bila orang tak nak layan kita. So biarlah dia sekejap." Airil mengangkat tangan dari telefon Hanif, membiarkannya di tempat sama.

"Masalahnya dah dua minggu dia palau aku. Kau fikir aku boleh bersabar lagi ke? Aku rindu dia gila-gila, kau tahu tak?" Hanif mengerutkan dahinya, menunjukkan bahawa dia benar-benar rindu akan Arni.

"Hmh.. yelah. Nah. Cubalah call ke mesej dia, kot-kot hari ni dia okey." Telefon pintar Hanif dihulur lalu terus Hanif menerimanya dan membuka aplikasi Phone.

Termenung sekejap.




















"Ha, kenapa?" Tanya Airil bila perasan rakannya sekadar merenung skrin telefon.

Hanif mengeluh. "Aku tak tahu la.." Sayu nada dia. Tubuhnya kini duduk lemah, tidak setegak seperti kebiasaan.

Simpati Airil melihat rakannya itu.

"Macam nilah. Lepas ni Ain dengan Farah nak lunch bertiga dengan Arni. Kita join diorang sekali eh."

Automatik kepala Hanif menoleh ke arah Airil mendengar balasan lelaki itu.

"Serius?" Soalnya tak percaya.

"Ye.. Ain beritahu aku pagi tadi."

"Oh.." Hanif termenung sejenak. "Okey." Masih tak berperasaan raut wajah dia.

One-Sided LoveWhere stories live. Discover now