OSL 27 🤍 "Aku nak dia."

269 38 17
                                    

One-Sided Love



          Farah Dahlia

          "Hari ni Rabu kan?" Aku bertanya kepada Ain yang sedang tidur di hadapanku.

          "Okeh." Jawabku walau tidak mendapat jawapan daripada kawan aku tu.

          "Berapa hari bulan?" Aku tanya lagi sambil melihat ke hujung bawah skrin komputer ribaku. "25 hari bulan. Okeh," kataku sendiri.

          Dah memang selalu cenggini. Asalkan tanya je, aku mesti jawab sendiri bila dapat jawapan dengan sendiri pft. Siapa macam ni, kita geng.

Sedang menyiapkan kerja kursusku, bebola mataku tak tahu mengapa spontan melihat ke arah jam komputer riba. Pukul 5:28 petang. Hanif dan Airil pasti sudah habis kelas dan dalam perjalanan ke perpustakaan, di mana aku dan Ain sedang berada.

Pat pat.

"Ain, bangun. Jom balik." Kejutku sambil menepuk lembut belakang Ain yang sedang lena.

Ain terjaga. Mukanya menunjukkan dia betul-betul sedang keletihan.

"Penat ke? Kau nak sambung tidur?" Tanyaku prihatin terhadap sahabatku yang masih dalam trimester pertama kehamilan.

Trimester pertama kehamilan memang bakal ibu-ibu akan alami keletihan amat lantaran tubuh badan mereka yang terus-menerus bekerja bagi membentuk bayi.

Ain menggeleng sebagai respons. "Aku nak mangga la.." pintanya seraya meregangkan badan.

"Mangga lagi? Psh.. kau ni. Tahu la mango lover tapi jangan banyak sangat makan masam. Boleh makan kerap tapi kuantiti kena sikit." Aku menahan tawa. Suka sangat dengan mangga, Ain ni. Dari dulu lagi, memang buah kegemaran dia ialah mangga.

Tapi kali ni bukan sahaja kerana mangga itu kegemarannya tetapi dia mengidam makanan masam. Mangga manis tak mahu dia.

"Urmhh..! Jom laaaa. Cari manggaaa. Kita petik je dari pokok hari tuu..."

Ha, ni satu lagi cerita. Hari tu boleh pula Ain minta aku petik buah mangga kat pokok di sekitar kawasan bangunan perpustakaan ini. Nasib baik kakitangan universiti yang lalu situ hari tu benarkan saja kami ambil. Itu pun kerana jadikan Ain, si wanita hamil sebagai alasan.

"Aku belikan nanti ya? Tak nak selalu ambil orang punya. Tak manis." Aku menggalas tote bag pada bahu kanan.

"Manislahh. Hari tu aku makan manis aje mangga dia. Tapi yang satu lagi tu alhamdulillah, masam." Ain senyum :3

"Bukan manis tu maksud aku... adoi, kau ni. Dahlah, jom." Tak mahu aku lengahkan masa lagi, aku pun berjalan bersama Ain ke lif untuk turun ke pintu utama perpustakaan.

Keluar dari perpustakaan, aku melihat kereta Airil dan Hanif di tempat letak kereta. Tapi kereta Hanif diparkir selang beberapa tempat parkir dari Airil memandangkan sudah penuh di bahagian berhampiran perpustakaan.

Ain meluru pada suaminya. "Abanggg...." ha dengar tu? Dengar suara mengada dia tu?

"Ya. Kenapa, sayang?" Airil memegang kepala Ain dari kedua-dua sisi.

"Dia nak mangga. Aku tak nak la petik lagi kat pokok sini. Tak manis orang tengok."

"Hrmmhh..!" Ain yang mendongak menatap wajah Airil terus menunduk dan dia jatuhkan kepalanya pada dada lelaki itu dengan muka masam macam mangga dia tu.

One-Sided LoveWhere stories live. Discover now