One-Sided Love ♡
Janganlah pelik ya? Mmg i sengaja ambik beberapa scene drpd CSLY yang ada watak-watak utk OSL supaya cerita ni dpt berjalan dan difahami.
Tapi i edit dan lebih fokus pada watak Farah, Hanif, Arni dan Izz. Ainril kurang bagi cerita ni.
"Korang, kawan aku ada buat satu program ni untuk kursus dia. Program masak-masak. Jom join nak? Dah lama aku tak libatkan diri dalam program."
Farah meletakkan pamflet yang diberikan oleh rakannya semalam di atas meja lalu Airil mengambilnya dan mula membaca bersama Hanif dan Ain di sebelah.
"Lerrr... Miss Blossom ke salah seorang jurinya?" Soal Airil yang sedang membaca pamflet tersebut.
"Ha'ah. Jom join nak? Kawan aku kata dia punya tempat tu macam tempat Masterchef. Alah, yang dalam TV tu. Jom weh." Farah menepuk tangan Ain di sebelahnya.
"Boleh boleh. Jom." Ain memandang Airil dan Hanif, mengajak dua lelaki itu untuk turut serta juga.
"Malaslah. Aku mana reti masak." Balas Airil.
"Aku reti je. Tapi tak pro ah hahaha." Tutur Hanif pula.
"Ala, belum cuba belum tahu. Jomlah try. Mana tahu rezeki kita dapat menang pertandingan ni." Pujuk Ain.
"Menang dapat apa?"
"Amboi, belum join lagi, dah tanya hadiah apa." Ain membalas kepada soalan Airil.
"Mestilah. Kalau setakat dapat pencil box dengan alat tulis, then I'm out."
"I'm two out." Sokong Hanif terhadap kata-kata Airil.
"Agak ah pertandingan memasak dapat pencil box. Kau ni pun. Kan dia tulis sini hadiah lumayan disediakan untuk pemenang."
"Serius ah? Okey, aku join." Ujar Hanif selepas membaca apa yang dituding oleh jari telunjuk Farah pada pamflet.
"Eh ehhh dia ni." Farah menggeleng.
"Still a no from me." Airil berkata sambil menilik kukunya. Eh eh, acah diva pula.
"Hm, suka hati kaulah. Nak tak nak, kitorang tak paksa." Ucap Ain malas.
"Entahnya." Sokong Farah.
"Eh, dalam ni dia kata masak secara berpasangan tau. Kita baru tiga orang." Hanif bersuara selepas membaca syarat-syarat pertandingan.
"Takpe, aku dah ajak Arni dengan seorang lagi. So jadi lima oranglah." Jawab Farah.
"Ohh, siapa seorang lagi?" Tanya Hanif.
"Faizz."
"Oh? Yang... kawan korang sejak sekolah tu?" Hanif menyoal.
Untuk pengetahuan, Izz merupakan teman baik kepada Ain dan Farah sejak sekolah menengah lagi. Mereka sering meluang masa bersama bila-bila ada masa lapang, cumanya lelaki itu belajar di universiti berbeza.
"Ha'ah. Dia pun boleh tahan skill memasak dia." Balas Ain.
Hanif pun mengangguk saja.
"Pape jelah. Janji ada hadiah lumayan, aku ikut~"
"Eleh... ada hadiah ke ada Arni?" Farah seakan memerli.
YOU ARE READING
One-Sided Love
RomansaFarah Dahlia x Hanif Irfan x Putri Arni Nafisah x Faizz Daniel I didn't know one-sided love would hurt that much. Until me myself went through it. And yes, it really hurts. - unknown "Jika pada akhirnya engkau tidak berjodohan dengan orang yang...