One-Sided Love ♡
Pssssshshhs!
Setelah menarik pili air, tubuh Hanif perlahan-lahan dibasahi dengan air hangat shower bilik mandinya. Kepalanya mendongak menghadap air hujan dengan mata terpejam sebelum menunduk pula. Dia mengeluh kecil.
Terkenangkan situasi beberapa hari lepas.
♥︎ Flashback ♥︎
"Saya nak ikut diaaa..!"
"Sabar, Arni... banyakkan bersabar..." pujuk mak su sambil mengusap-usap belakang Arni yang tidak henti-henti menangisi pemergian Faizz Daniel.
Hanif yang dari tadi setia mengikuti Arni hanya membisu. Tidak berani hendak berkata apa.
♡♡♡
Kini, Arni sedang duduk di ruangan menunggu bersama Puan Fatima. Mereka duduk di kerusi paling kanan manakala Ain, Farah dan kedua-dua ibu bapa Izz duduk di tempat duduk sebelah kiri. Sengaja Arni menyisihkan diri daripada yang lain. Tidak mahu orang melihat dia yang baru sahaja lepas menangis. Namun Puan Fatima tetap ingin menemani gadis tersebut.
Hanif pula tidak duduk. Sekadar berdiri agak jauh dari mereka. Dia pun menghampiri mereka semua.
"Korang.." panggilnya perlahan menyebabkan Ain dan Farah mengangkat muka seraya menutup separuh wajah mereka dengan tangan. Wajah kedua-dua wanita itu merah dek menangis berpanjangan.
"Takziah daripada aku... aku harap korang dapat bersabar ya? Slowly terima takdir ini." Lembut Hanif berkata.
Farah mengangguk sambil mengesat mata kanannya sebak. Hanif mengalihkan pandangan pada Arni pula yang berada dalam pelukan Puan Fatima. Tangisannya sudah terhenti cuma masih tersedu-sedu kerana masih tidak mahu menerima kenyataan bahawa dia telah kehilangan lelaki tersayangnya.
"Putri.." panggil Hanif namun Arni masih tidak memandangnya.
Sedikit menyinggung perasaan jejaka tersebut tetapi Hanif cuba memahami keadaan gadis itu.
"Saya tumpang sedih atas kepergian dia... saya harap awak kuatkan hati ya?" Tuturnya simpati.
Hati pilu melihat gadis pujaan hatinya mengalirkan air mata dengan deras sekali tadi. Lebih menyedihkan, Arni tidak membalas apa-apa kepada bicaranya. Malah, toleh pun tidak. Hanya diam tak berkutik dalam keadaan menunduk memandang lantai.
Puan Fatima yang melihat mereka berdua diam seketika. Sebelum tangan kanan beliau mendarat pada lengan Arni.
"Arni? Kawan awak tengah cakap tu. Kesianlah dia tunggu awak.." bisik Puan Fatima.
Arni menghela nafas dalam. Pipinya yang basah dengan air mata dilap dengan lengan baju lalu dia senyum kelat pada Puan Fatima. Mengangguk sekilas sebelum berdiri menghadap Hanif.
Mereka berdua senyap.
"Awak boleh balik la. Terima kasih hantar saya ke sini." Ujar Arni, tidak menyedari bahawa nadanya dingin. Matanya tidak membalas pandangan mata lelaki di hadapannya sebaliknya cuma memandang ke tempat lain.
YOU ARE READING
One-Sided Love
RomansaFarah Dahlia x Hanif Irfan x Putri Arni Nafisah x Faizz Daniel I didn't know one-sided love would hurt that much. Until me myself went through it. And yes, it really hurts. - unknown "Jika pada akhirnya engkau tidak berjodohan dengan orang yang...