One-Sided Love ♡
Untuk part daripada CSLY pun I ada tokok tambah sikit part Arnizz. Jadi sila baca kalau taknak terlepas :3
Hanif Irfan duduk termenung di dalam biliknya seraya menongkat dagu dengan tangan kanan. Dalam pegangannya terdapat sebatang pen Pilot hitam milik Airil. Terlupa nak pulangkan. Dah alang-alang ada dalam bekas pensel dia, buat jelah macam harta sendiri.
"Puffh..." dia mengeluh.
Sedih mengingatkan situasi semalam di mana Arni sanggup meninggalkannya demi bertemu dengan Faizz.
Terkilan?
Sangat terkilan.
'Kitorang dah sampai kut... sampainya hati cancel macam tu je..'
Desis hatinya pilu.
Flashback semalam
"Putri, tak nak laa..." Hanif mengejar langkah Arni lalu berdiri di hadapan wanita itu. "Lain kali jelah jumpa dia. Kita dah sampai kan?"
Arni mengeluh kecil.
"Hanif, kita jumpa hampir setiap hari tau. Dengan Izz, saya tak jumpa dia hari-hari. Biarlah saya jumpa dia sekejap." Ujarnya.
Hanif diam, tidak membalas apa-apa. Matanya menatap ke dalam mata Arni, berharap gadis itu akan kekal berada di sisinya.
Arni faham pandangan sayu lelaki tersebut. Selalu sangat Hanif beri pandangan mata sebegitu setiap kali mengajaknya keluar. Namun kali ini, Arni tidak mahu mengalah lagi. Dia memandang ke arah lain buat seketika.
"Hanif... saya betul-betul minta maaf.. tapi saya nak jumpa Faizz." Balas dia serba salah.
Hanif mula berkeluh-kesah mendengar balasan wanita itu.
"Hurmm... saya ikutlah."
"Tak payah kut.. dia nak jumpa saya berdua je."
"Awak berdua ke dengan dia nanti?"
"Tch, bukannn... mak su dia mestilah ada. Takyah risaulah, Hanif. Awak pun bukannya siapa-siapa pun bagi saya. Kawan je kan."
Biarpun benar kata-kata Arni, namun kebenaran itu agak menyinggung perasaan Hanif.
"Oh.. yelah... saya hantar awaklah kalau macam tu."
"Em.. bolehlah. Tapi saya nak balik rumah kejap tau. Nak ambik buah."
"Buah untuk apa?"
Hanif dan Arni mula berjalan ke tempat parkir kereta.
"Ziarah orang sakit takkan bawa tangan kosong kan? Mestilah bawa sesuatu." Arni tersenyum melihat Hanif yang mengangguk saja dengan balasannya.
YOU ARE READING
One-Sided Love
Roman d'amourFarah Dahlia x Hanif Irfan x Putri Arni Nafisah x Faizz Daniel I didn't know one-sided love would hurt that much. Until me myself went through it. And yes, it really hurts. - unknown "Jika pada akhirnya engkau tidak berjodohan dengan orang yang...