One-Sided Love ♡
Pintu rumah dibuka Arni sebelum gadis itu masuk ke dalam dengan dua beg plastik barang-barang masak yang dibelinya dari pasar raya tadi. Beg plastik tersebut diletakkan di atas meja dapur. Punggung dihenyak di atas kerusi.
'Hmm... curious la. Apa nombor rumah dia?'
Satu persoalan berlegar-legar di fikiran Arni. Semakin difikirkan, semakin curiga dia.
Dia pun mengeluarkan telefon pintarnya dari sling bag dan memutuskan untuk bertanya kepada Farah.
Farah 🙆🏻♀️
Farah, tahu tak nombor rumah Izz?
Kenapa?
Aku nak hantar makanan kat dia
Ohh.. 2107
Ooo, okie thanks!
:)
"2107. Hmm..." terlakar segaris senyuman di wajah Arni.
Di fikirannya sudah terbit satu idea hendak menghantar makanan apa untuk Izz. Dia keluar dari aplikasi WhatsApp dan pergi ke aplikasi Chrome pula bagi mencari satu resipi untuk dimasak buat lelaki bernama Faizz Daniel.
♡♡♡
Keesokan harinya...
Ding!
Bunyi daripada ketuhar mengejutkan Arni yang sedang membaca novel e-book bertajuk If It's Meant To Be dalam telefonnya. Pantas gadis itu meletakkan telefonnya di atas sofa dan bergegas ke dapur untuk mendapatkan ketuhar. Pintu ketuhar dibuka dengan perasaan teruja lalu loyang kek dibawa keluar.
Bau semerbak yang terhasil daripada kek itu membuka selera Arni untuk menikmati kek tersebut namun digeleng kepalanya perlahan. Kek ini bukan untuk dirinya.
Setelah memastikan kek betul-betul masak, dia mengeluarkan kek dari loyang dan meletaknya di atas pinggan lalu kek tersebut disejukkan di dalam peti ais selama 30 minit.
Selepas 30 minit, Arni menghias kek strawberi itu dengan aising dan krim sebelum dia mengeluarkan satu tupperware dari kabinet. Kek itu dimasukkannya dengan berhati-hati di dalam tupperware tersebut. Tersenyum dia melihat isi dalam bekas itu.
'Harap dia sukalah. Penat lelah aku buat ni. Dari semalam plan nak buat kek apa untuk dia.'
Bisik hatinya.
Ya, semalaman dia berfikir untuk memberi makanan apa untuk Izz. Selepas membuat keputusan untuk memberikan kek, tak tahu pula kek perisa apa yang Izz suka. Akhirnya perisa strawberi juga yang menjadi pilihannya. Dia berharap sangat ia menepati cita rasa lelaki itu.
Bekas ditutup rapat lalu Arni pun menyarungkan tudung sarung ungu pada kepalanya. Pakaiannya dipastikan sopan sebelum keluar rumah bersama bekas kek dalam pegangannya.
'Gementarnya nak ke rumah dia. Ya Allah, aku harap sangat dia tak marah bila dia dapat tahu yang aku tahu nombor rumah dia.'
YOU ARE READING
One-Sided Love
RomanceFarah Dahlia x Hanif Irfan x Putri Arni Nafisah x Faizz Daniel I didn't know one-sided love would hurt that much. Until me myself went through it. And yes, it really hurts. - unknown "Jika pada akhirnya engkau tidak berjodohan dengan orang yang...