OSL 12 ❣️ Jealousy

271 64 13
                                    

One-Sided Love



          Farah kembali ke restoran yang dia dan Izz pergi tadi lalu menghabiskan sisa keknya yang belum habis. Sedih sangat.

          Dia sedih kerana gagal menolong sahabatnya. Kalau langkah pertama pun dah gagal, patut ke dia teruskan saja niatnya untuk bantu menyelesaikan masalah sahabat-sahabatnya? Atau fokus pada dirinya sahaja?

          Keluhan kecil terbit dari bibir wanita itu. Dia berdiri lalu berjalan ke kaunter pembayaran bagi membayar harga kek dia dan Izz yang dibeli tadi. Usai itu, dia keluar dari restoran tersebut untuk pulang saja ke rumah.

          Dalam perjalanan untuk ke eskalator, dia melintasi di hadapan sebuah kedai pastri. Arni yang sedang berada di hadapan kedai tersebut ternampak gadis itu, terus memanggil.

"Farah!"

Farah pun menoleh ke kanan apabila namanya diseru. Oh, Arni.

Dia melangkah mendekati gadis tersebut.

"Kau dari mana?" Tanya Arni tersenyum. Sedikit hairan melihat wajah Farah yang agak muram.

"Aku dari restoran tu ha. Datang dengan Izz. Tapi tetiba je dia hilang mood, terus balik macam tu je." Jari telunjuk Farah menunjuk pada restoran yang dia pergi tadi sambil bercerita dengan nada sedih.

"Kenapa? Kenapa dia tetiba hilang mood?"

"Takde la.. dia ada masalah sikit dengan Ain. So aku nak tolong la pujuk dia supaya jangan kacau Ain sebab kau tahulah kan? Ain akan kahwin empat hari lagi. Tak naklah Izz masih ganggu dia."

"Ooo. Hurm, kesian korang. So macam mana? Dah okey ke sekarang?"

"Belum. Kau dah tahu dia tiba-tiba balik sebab hilang mood, faham-faham la macam mana keadaan."

"Hahaha, betul jugak kan? Maknanya kau kena balik naik Grab la ni? Nak tumpang kereta mak aku tak? Aku boleh hantarkan."

"Takpelah. Aku naik Grab je. Thank you." Senyum Farah.

Arni mengangguk saja, menerima pilihan Farah.

"Okeylah. Kau boleh balik. Aku doakan semoga semuanya baik-baik semula."

"Amin. Harap sangatlah. Bye weh."

"Babai." Lambaian Farah dibalas Arni sebelum Farah mula berjalan meninggalkan kawasan itu.

Apa yang dia perasan, akhir-akhir ini Arni macam semakin rapat pula berkawan dengan Izz. Dan apabila Farah bercerita tentang lelaki itu, Arni pasti akan menunjukkan rasa minat dan ingin tahu lebih lanjut mengenai ceritanya tentang jejaka tersebut.





'Nampak gaya macam dia berminat dekat Izz. Tapi aku kurang pastilah sama ada dia minat sekadar ingin berkawan rapat atau minat kerana suka. Perkara utama sekarang ni, Hanif.'

'Dapat aku lihat lelaki itu sedang menyimpan perasaan pada Arni. Melihat daripada tingkahnya tika bersama gadis itu, sudah terang lagi bersuluh dia sukakan Arni. Layanannya terhadap kawanku itu sangat mesra dan...'








'Sweet.'

'Membuatkan aku cemburu.'



♡♡♡



One-Sided LoveWhere stories live. Discover now