One-Sided Love ♡
Faizz Daniel
"....🎶🎶..🎵"
Bunyi telefon Samsungku yang berbunyi mengejutkan aku yang sedang lena. Eyy, kenapa banyak sangat benda yang suka ganggu aku tidur ni? Dah berapa hari aku asyik dikejutkan dari tidur sebab bunyi di sekeliling. Hish.
Tangan kananku meraba-raba ke sekeliling tempat tidurku, mencari di mana terletaknya telefon aku.
Mana pulak ni? Aduh...
Bunyi telefon terhenti sebelum sempat aku menjumpai telefonku. Ah lantaklah. Tidur balik.
Tiba-tiba telefonku berbunyi lagi. Aduh... siapa ni?
Aku mencari telefonku sekali lagi dengan mata yang masih terpejam. Berat nak buka mata ni.
Jumpa sahaja telefon, aku melihat skrin bagi membaca nama yang tertera.
Sara ❤️
Lahai, nak apa dia ni? Jangan kata dia nak datang balik dekat aku.
Hm, mimpi jelah kau, Izz.
Aku sambung tidur apabila telefon berhenti berbunyi. Tiba-tiba, dia berbunyi lagi. Ehh, nak kena ke?
Terus aku mute telefon lalu mengambil bantal dan meletaknya di atas telefon tersebut, membiarkan saja ia bergetar tanpa bunyi.
Akhirnya, ia berhenti berbunyi. Aman hidup.
TIBA-TIBA DIA BERBUNYI LAGI, EH AKU-
Aku terus menjawab panggilan tersebut dengan penuh perasaan geram. Loudspeaker ditekan. Malas aku nak lekap telefon pada telinga. Aku cuma biarkan saja di tepi mukaku.
"H-helo.?" Suara Sara kedengaran di hujung talian. Aku tak tipu. Aku rindu dengar suara dia walau baru beberapa hari tidak bersua muka dengannya.
Namun, aku tidak membalas kata-katanya. Masih benci memikirkan hubungan dia dengan Airil yang aku pasti sudah sah menjadi suami dia.
"Heloo?" Sara bersuara lagi namun aku masih tidak memberi apa-apa respons.
"Izz, how are you?" Dia teruskan bercakap.
"..." aku membisu sahaja.
"I really hope you're doing alright."
"..."
"Kau dah makan?"
"..."
"Hmm..." dapat aku dengar dia mendengus perlahan dan berdiam sebentar.
YOU ARE READING
One-Sided Love
RomanceFarah Dahlia x Hanif Irfan x Putri Arni Nafisah x Faizz Daniel I didn't know one-sided love would hurt that much. Until me myself went through it. And yes, it really hurts. - unknown "Jika pada akhirnya engkau tidak berjodohan dengan orang yang...