OSL 06 ❣️ Menginjak ke usia 21

332 73 52
                                    

One-Sided Love



Hanif Irfan

Beberapa bulan berlalu...

Semester demi semester tamat sehinggalah umur aku menginjak ke 21.

          Hari ini, aku sedang keluar meluangkan masa di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur bersama rakan-rakanku setelah habisnya minggu peperiksaan kursus kami.

          "Korang, aku nak gi kedai baju tu jap. Jom jom." Farah menarik tangan Ain secara mengejut ke kedai baju Uniqlo di pusat beli-belah tersebut.

Sampai terjatuh Ain ditariknya namun itu tidak menghentikan perbuatan Farah untuk menyeretnya masuk ke dalam kedai. Masuk saja ke dalam kedai, Farah melepaskan tangan Ain lalu terjelepoklah gadis itu di atas lantai. Pantas Ain bangun lalu mengatuk kepala Farah.

"Sakitlah kau dok heret aku macam tu! Eyy!"

"Aduh! Jangan dikatuk kepalanya! Sakit.!" Marah Farah.

Aku dan Airil yang baru sahaja masuk ke dalam kedai tersebut terdengar pula Farah dan Ain berbalah. Apa pulaklah dua ekor ni?

"Ish, bertengkar tak ajak. Lain kali ajaklah aku dulu." Kataku sambil mendekati dua wanita itu dengan muka dibuat-buat marah.

Farah dan Ain terus menjeling aku tajam. Alamak, takut kita.

Tanpa berkata apa-apa, mereka berdua pun berpusing dan berlalu pergi mencari pakaian yang diingini. Nampak tak? Senang je aku hentikan pertengkaran mereka hoho.

Sementara Farah membelek-belek baju-baju di rak depan, Ain berjalan ke rak-rak di bahagian belakang untuk mencari pakaian yang mungkin akan menarik minatnya untuk membeli.

Aku dan Airil sekadar menunggu di tepi dua buah patung yang memakai pakaian casual. Satu patung lelaki, satu patung perempuan. Setelah hampir 10 minit menunggu, kami mula berasa bosan lalu aku pun bercadang untuk mengambil gambar.

"Weh, ambil gambar jom. Nah, guna phone aku." Aku menghulurkan Iphone 8 plus ku kepada Airil dan berdiri di hadapan patung perempuan yang dipakaikan dress.

"Ambil gambar. Kita dua?" Soal Airil.

"Aku seorang dulu. Hehe. Lepas ni baru kita berdua."

"K.. satu... dua..."

Aku pun mula posing depan mannequin wanita ni. Selesai bergambar, aku muat naik di Instagram dengan caption "with my date ❤️".

Selepas itu, aku mula bergambar dengan Airil bersama dua patung pakaian itu. Bermacam-macam gaya kami posing dengan patung-patung tu. Bila dah bosan, apa boleh buat selain buat kerja tak betul?

"Ya Allah.." suara Farah kedengaran dari tepi lalu kami berdua menoleh padanya yang memandang kami dengan muka tak percaya.

"Korang ni 21 tahun ke dua tahun? Heih, memalukan betul." Geleng gadis itu.

Aku lihat di tangannya ada beg baju pakaian yang telah dibayarnya di kaunter bayaran. Akhirnya, selesai juga shopping dia.

One-Sided LoveWhere stories live. Discover now