One-Sided Love ♡
Farah duduk di dalam biliknya, sedang binge watching cerita Netflix yang dicadangkan oleh Faizz dan Ain. Sejak ada komputer riba sendiri ni, kerap pula dia meluangkan masa dengan menonton movie sewaktu cuti semester kali ini. Syok gadis itu menonton sambil makan keropok Chipster.
Tiba-tiba emaknya masuk ke dalam bilik tidur dia tanpa mengetuk pintu. Terkejut dia. Terus ditekannya kekunci space bar untuk pause ceritanya.
"Kau tengok. Bilik pun macam kandang kambing, ada hati nak kerja. Kemas bilik pun susah sangat, macam mana kerja luar nanti yang kau tak pernah buat? Heih, Farah.. Farah.." Puan Floressa menggeleng-geleng.
"Oloh, mak.. setakat kemas bilik ni bila-bila orang boleh buat. Kalau kerja luar pulak memang tak pandai lagilah dah takde pengalaman. Cuba bagi kepercayaan kat orang. Orang try cari kerja yang tak stres sangat. Ha macam... kerja kat kedai makan. Takde stres sangat kot. Layan customer je."
"Farah ooo Farah. Zaman sekarang mana orang nak ambil pekerja yang takde pengalaman. Semua mencari yang berpengalaman. Lepas tu, layan customer tak stres? Eh layan customer la benda paling stres tau! Kalau jumpa customer yang otak letak kat bontot macam mana? Kau nak layan?" Bebel Puan Floressa sambil mengutip kain yang dikehendaki dari dalam almari anaknya.
Terdiam kejap Farah dengan ayat si ibu.
"Macam mana nak ada pengalaman kalau tak mula kerja?"
"Ha itulah! Itulah persoalan kebanyakan pekerja baru. Tapi nak buat macam mana? Dah memang ekonomi negara macam ni."
"Habis tu macam mana Isha boleh dapat kerja?"
"Pandailah dia uruskan tu. Rezeki dialah dapat kerja." Pintu almari ditutup.
"Hurm..." Farah mencemik.
Emaknya yang sedang menapak keluar dipandang lalu dia bangun dan mengikut langkah beliau ke bilik tidur Puan Floressa pula.
"Macam tu bagilah orang cuba nasib. Mana tahu rezeki dapat kerja." Farah masih berkeras ingin bekerja.
Puan Floressa mengeluh panjang.
"Masih degil kau ni kan? Kenapa terdesak sangat nak kerja?" Berkerut dahi beliau bertanya.
Farah terpegun kejap.
"O-orang kesian dekat mak.. dekat Isha.. sebab mak dengan Isha je yang selalu kerja keras. So orang nak tolong jelah."
"Tak payah, Farah. Aku kata tak payah, tak payah. Duit perbelanjaan kita cukup kan untuk kehidupan seharian? Tak pernah pun kita kelaparan satu hari. Bil elektrik, bil air pun terbayar je setiap bulan. Kau patut bersyukur tau kakak kau sanggup tak sambung belajar semata-mata nak cari duit untuk kita. Nak kena bayar yuran U kau tu bukannya ratus-ratus tau. Ribu-ribu. Nanti nak bayar yuran U Danish pulak. Aku buat semua ni untuk kebaikan korang tau. Aku nak korang belajar dengan senang. Dah besar nanti hidup senang. Belajarlah dulu, Farah. Habis ijazah nanti kau kerjalah apa pun. Aku tak kisah." Panjang lebar Puan Floressa berkata sambil beliau melipat kain-kain yang diambilnya tadi.
Mulut Farah seakan terkunci mendengar monolog emaknya. Tak tahu nak terharu ke terasa sekarang ni.
"Aku faham kau nak tolong aku dengan Isha. Tapi aku tak nak kau pening kepala fikir pasal kerja, fikir pasal hal U kau lagi. Susah, Farah, kerja sambil belajar ni. Penat. Fokus satu-satu dulu. Kau dengarlah cakap aku. Jangan nak melawan." Sambung Puan Floressa.
YOU ARE READING
One-Sided Love
عاطفيةFarah Dahlia x Hanif Irfan x Putri Arni Nafisah x Faizz Daniel I didn't know one-sided love would hurt that much. Until me myself went through it. And yes, it really hurts. - unknown "Jika pada akhirnya engkau tidak berjodohan dengan orang yang...