Pada malam itu selepas satu petang mereka habiskan masa dekat pulau persendirian Amato,yang dia baru beli tu,kembar BoBoiBoy tidur awal sebab penat. Amato dan Mechabot keluar sebab ada hal tertentu dan Gempa masih lagi terjaga.
Dia menulis sesuatu pada journal dia.Journal tu sekarang dah nipis sebab Gempa tulis semuanya yang berlaku dalam journal tu.
Ia buat Gempa gembira.
Gempa tersenyum sebelum menyimpan journalnya. Amato masih belum balik. Jadi dia akan berjaga sampailah Amato balik.
Dia memainkan semua memori lama yang dia ada.I mean,sebelum dia jumpa dengan Jason.
Masa dia pertama kali buka mata dan bercakap dengan tuan dia,masa dia jumpa dengan kembar BoBoiBoy,masa dia mula berjalan dan sebagainya.
Ah,memori yang indah.
Gempa tersedar dari nostalgia lama dia apabila pintu biliknya dibuka perlahan dan Thorn ada dimuka pintu dengan membawa anak patung kucing.Gempa dapat kesan yang Thorn tengah sedih dia terus bangun.
"Thorn,kenapa ni?Thorn nak apa-apa ke?"tanya Gempa.Thorn menggeleng kepala perlahan. Gempa boleh nampak yang mata Thorn berair.
"B-Boleh tak T-Thorn tidur dengan abang malam ni?"tanya Thorn perlahan. Gempa tersenyum kecil sebelum menepuk katilnya,mengajak Thorn untuk baring dekat sebelah dia.Thorn terus berbaring atas katil Gempa dan memeluk kuat anak patung kucing dia.
"Kenapa Thorn?Thorn mimpi buruk ke?"tanya Gempa perlahan sambil mengusap rambut Thorn perlahan-lahan.
Thorn mengangguk.
"Mimpi pasal mereka lagi ke?"tanya Gempa lagi.
Sekali lagi Thorn mengangguk.
Gempa senyum lagi sebelum menarik Thorn rapat padanya.
"Abang Gempa ada bunyi pelik..."
"Hm?Bunyi pelik apa Thorn?"
"Bunyi macam...wrengggg..iinggg...bzzzzzt."
Gempa tergelak dengan cubaan Thorn cuba nak buat balik bunyi yang dia dengar tu.Gempa perasan yang Thorn tengah cakap pasal yellow core yang ada dalam badan dia.
"Thorn,itu bunyi yellow core lah."terang Gempa.
"Ouh..bola kecik yang Ocho bagi tu ke?"tanya Thorn dengan polosnya. Gempa mengangguk. Thorn main mendekatkan diri dengan Gempa.
"Bunyi dia slow...macam degupan jantung...Thorn rasa selesa pulak..."kata Thorn perlahan. Gempa tersenyum lagi sebelum memeluk Thorn.
"Kalau Gempa peluk macam ni,Thorn boleh tidur?"tanya Gempa.Thorn mengangguk gembira sebelum membalas pelukan Gempa.
"Hm!"
Thorn terus menutup matanya dan biarkan bunyi mesin kecil yang datang dari Gempa menenangkannnya.
Gempa menunggu sampai Thorn tertidur disebelahnya.Tangannya masih kuat menggenggam baju tidur Gempa.
Thorn nampak lagi tenang sekarang.
Gempa tersenyum kecil sebelum menutup matanya. Masa rehat.
∆**********∆
Jauh disebuah tempat,Amato dan Mechabot mendarat dengan selamat. Dah lama mereka terbang untuk cari si Jason tak guna tu.
" Weh Amato,betul ke ni tempat dia?Macam dah kena tinggal je?"tanya Mechabot. Amato melihat semula tabletnya.
"Ini lokasi terakhir Jason dilihat.Ejen aku dah pastikan."balas Amato ringkas. Rumah agam yang kelihatan megah satu ketika sahulu dah nampak macam rumah tinggal berhantu.
YOU ARE READING
My AI BodyGuard Twin
FanfictionMy AI Bodyguard Twin Kembar BoBoiBoy,merupakan anak kepada jutawan teknologi yang berjaya,yang inginkan kebebasan bersekolah seperti budak biasa. So,selepas dah dapat kebenaran dari ayah mereka,mereka pun berpindah ke Pulau Rintis dan tinggal bersam...