~**********~
Keesokan harinya disekolah,Gempa nampak lebih ceria dari biasa. Pin di baju dia bersinar sama macam wajahnya membuatkan rakan² sekolahnya yang lain tersenyum melihat sisi Gempa yang baru ni.
"Aku je ke,atau Gempa nampak lain dari biasa harini?"tanya Fang.Dia dan yang lain² berkumpul dekat belakang sambil melihat Gempa yang masih rancak berborak dengan pelajar lain.
"Yep,dia memang lain harini.Semalam kitaorang buat surprise untuk dia sebab tu kut aura happy dia tu kekal sampai sekarang."balas Taufan membuatkan yang lain mengangguk.
"Hmm..Berjangkit rupanya aura happy dia nih."komen Gopal bila mereka semua nampak pelajar yang baru masuk kelas senyum bila Gempa ucapkan selamat pagi dengan senyuman lebar.
Mereka yang lain hanya tersenyum melihat gelagat Gempa.
Tapi aura dalam kelas itu terus suram bila Evelyn masuk. Wajah Gempa bertukar daripada ceria kepada muram dan terus dia duduk ditempat duduk dia.
"Wow,masuk saja perempuan tu,terus menghilang aura kegembiraan." keluh Fang.
"Hm..Welp,satu lagi hari keseksaan aku. Jumpa korang masa rehat." kata Solar sebelum duduk ditempatnya. Serta merta di Evelyn tu mula menggedik.
Kemudian, cikgu pun masuk dan kelas berjalan seperti biasa.
~************~
Pada waktu rehat,kembar BoBoiBoy hanya mampu memerhati dari jauh di meja makan.
Solar kena tangkap dan diheret untuk pergi ke tempat makan 'budak² hot'.
Apparently,si Evelyn ni dah ada puak² budak hot dan guess what?
Dia seret Solar untuk ikut sekali sebab semua geng dia dah ada boyfriend.
Solar yang baru siap tanda kertas Fizik cikgu dia pun hanya mampu berserah sebab tak boleh nak lari.
"Ish ish ish...Kesian aku dengan si Solar tu. Mesti si gedik tu cengkam tangan dia guna kuku harimau dia tu."komen Gopal. Yang lain hanya mengangguk setuju. Gempa masih fokus dengan roti coklat dia.
"Terseksa aku tengok si Solar tu." komen Fang pulak.
"Nak buat macam mana,dia kan 'Baby Solar' Evelyn~ Buwek..Nak muntah aku cakap macam tu." kata Blaze pulak.
"Tak nak selamatkan dia ke?"kata Ice.
"Yang boleh selamatkan dia cuma Gempa sorang ma. Kalau Halilintar pergi sana,mesti kena tarik jugak!" komen Ying. Halilintar meremang bila terbayangkan dia kena tarik masuk grup hot yang gedik.
Tak lama lepas tu,Gempa bangun.
"Kau nak pergi mana Gempa?" tanya Yaya. Gempa tak membalas tapi dia terus pergi ketempat Solar dan Evelyn.
Dekat tempat budak² hot,Solar hanya mampu tersenyum palsu. Tangan Evelyn kuat melingkar dekat lengan dia.
Dekat tempat tu ada tiga perempuan dan tiga lelaki, boyfriend girlfriend. Solar tak campur dia sekali.
Semuanya dalam golongan batak hot dalam pendirian Solar.
"Itulah kan? I pun terkejut yang diaorang tu scandal rupanya! You tau tak pasal ni sayang?" tanya Evelyn. Solar mengetap bibir.
"Er..tak tau. Waktu sekolah aku selalu dekat dalam makmal tolong cikgu." balas Solar.
"Halah! Skema sangatlah kau ni Solar! Muka ada rupa tapi duduk dekat orang² bawahan! Wei! Kita ni orang² elit kot! Tak layak lah duduk dengan diaorang!" kata salah seorang lelaki kat situ,yang bernama Rizqy.
YOU ARE READING
My AI BodyGuard Twin
FanfictionMy AI Bodyguard Twin Kembar BoBoiBoy,merupakan anak kepada jutawan teknologi yang berjaya,yang inginkan kebebasan bersekolah seperti budak biasa. So,selepas dah dapat kebenaran dari ayah mereka,mereka pun berpindah ke Pulau Rintis dan tinggal bersam...