∆Chapter 15∆

980 146 31
                                    

°**********°

"Aku tanya mana abang sulung kau tu?"

Halilintar memandang kembarnya sebelum membalas.

"Dia tak ada.Dia ke luar bandar dengan atok kitaorang sebab nak ambil stok koko."tipu Halilintar.Tuan Jason nampak tak percaya.

"Betul ke ni?Kau jangan berani nak tipu aku."uji Tuan Jason lagi.

"Tuan nak apa dengan abang saya?"tanya Halilintar.

"Just nak uji dia."

"Uji dia?Tuan bukannya kenal kami."balas Halilintar pantas.

"Hey budak.Jaga sikit nada kau tu ya!"kata Madeline tapi Halilintar tak kisah.

"Well,kalau kau nak tau sangat.."

Tuan Jason menarik kolar Halilintar rapat dengannya.

"Aku nak uji dia....kalau² dialah robot eksperimen aku yang lari dulu."kata Tuan Jason pada tepi telinga Halilintar sebelum melepaskan Halilintar secara kasar membuatkan Halilintar terlanggar rak cawan.

"Hey!Jangan sakitkan abang Hali!"marah Thorn dan terus pergi kepada Halilintar tanpa sempat Blaze dan Taufan menahannya.

"Abang Hali ok?"tanya Thorn risau sebelum membantu Halilintar bangun.Halilintar mengangguk.

"Aku ok.Tak apa Thorn."balas Halilintar.Thorn kemudian memandang garang pada dua orang dewasa tu.

"Kalau pakcik dan makcik datang sini sebab nak sakitkan abang² Thorn baik pergi sebelum Thorn call police!"marah Thorn.

"Hey budak!Jaga perangai kau sikit ya!Berani kau panggil aku makcik?!"marah Madeline lalu mengetuk kepala Thorn kuat dengan kipas tangannya.Solar yang nampak abang keenamnya kena pukul terus bangun.

"Hey!Jangan sakitkan dia!"marah Solar.Thorn dah berair matanya sebab Madeline pukul dia kuat.

"Evy sayang,betul ke kamu nak dia ni?Biadap dengan orang tua!"tanya Madeline geram.

"Baddy boy mummy.I like~!"kata Evelyn.

"Ok sudah cukup tu!Makcik dengan pakcik kalau dah tak ada pape nak cakap dengan kitaorang pergi dari sini!Korang jangan suka² ambik barang bukan hak kau dan kau perempuan tak malu jangan dekat dengan adik aku!100 tahun pun kau cuba kitaorang tak kan terima kau sebagai girlfriend Solar!"

Semua orang terkejut apabila Ice membuka mulutnya.Dia malah merentap tangan Solar dari Evelyn,ambil semula telefon Blaze dan baling air koko yang dah diminum oleh Flash tadi kedalam tong sampah.Tak lalu nak minum semulut dengan dia.

"Heh,kitaorang pun tak lalu lah nak duduk dekat sini!Nak dekat pun tak heran lah!"kata Brian sinis.Dia bangun sebelum menolak Taufan menggunakan kakinya menyebabkan Taufan tergolek jatuh atas tanah.

"Hey apa masalah kau ni?!"marah Blaze menolak Brian.Tapi Flash datang dari tepi dan menendang Blaze jatuh kesebelah Taufan.

"Haha!Tempat selayaknya korang dekat tanah ni jer!Hahaha!Golongan bawahan tak sedar diri!" Flash dan Brian tergelak besar dan berjalan menuju ke kereta.Madeline terpaksa menarik Evelyn yang dah memuncung.Cuma tinggal Tuan Jason sahaja.

My AI BodyGuard TwinWhere stories live. Discover now