FLASHBACK~
.
.
.
"P-Projek Reverse..?Apa yang kau merepek ni hah Jason?!"jerkah Amato.
Jason hanya tersenyum sinis sambil mengisi semula peluru didalam pistolnya.
"Memandangkan kau pun dah nak mati,baik aku cakap saja.Projek Reverse adalah satu projek ketenteraan.Aku nak jual sistem Reverse untuk jumlah yang besar.Bayangkan,satu angkatan tentera robot yang hanya akan dengar arahan dan tak boleh dihalang walaupun dengan senjata. Heh,aku mampu jadi orang paling berkuasa dalam dunia."
Halilintar mengetap bibir kuat mendengar si gila ni terangkan rancangan gila dia. Apa yang dia fikir untuk gunakan Gempa memang....gila.
"Jadi sebab tu ke kau nak Gempa?Kalau macam tu,kenapa kau nak sekali dengan cip AI dia?Kau boleh guna program Reverse pada mana-mana robot pun kalau tentera yang kau nak."balas Amato.
Jason tergelak sinis sekali lagi,tergeleng-geleng macam apa yang Amato cakap tu adalah satu lawak bagi dia.
"Setakat robot yang macam tu,tak perlu Crystal pun tak apa.Tapi,aku lebih tertarik dengan robot yang mampu ada....perasaan macam Crystal ada.Robot yang boleh bereaksi macam manusia.Dengan cara tu,lebih mudah aku nak perdayakan musuh atau pembeli aku.Bertambahlah income aku,betul tak?"terang Jason.
Haih,kalau si gila harta memang macam inilah gayanya.
"Aku tak kan benarkan kau dapat cip AI Gempa!Benda tu yang buat dia istimewa.....Dan ianya hasil ciptaan mak kami!"bentak Halilintar.
"Bla bla blaa hasil ciptaan blaa blaa. Ada kau fikir aku kisah? Aku bunuh abang dan mak kau dulu jadi kau fikir aku peduli ke tentang dia sekarang?"
........
You know what? Maybe penjara tak cukup untuk si jahanam ni.
"Tau tak? Rasanya dah cukuplah kita berborak ya? Bawak mereka masuk dalam rumah dan aktifkan bom tu."
Orang-orang Jason mula mengheret mereka ketengah rumah Tok Aba manakala Jason terus masuk kedalam kereta yang dah lama menunggu tadi dan terus bergerak pergi dari kawasan itu.
Halilintar merengus kecil apabila dia ditolak untuk duduk ditengah-tengah ruang tamu itu. Tinggal tiga daripada orang-orang Jason yang uruskan bom itu.
"Blaze...Blaze! Weh,jangan tidur!"
Suara cemas Thorn mengejutkan Halilintar dan terus perhatian dia beralih pada Blaze.
YOU ARE READING
My AI BodyGuard Twin
FanficMy AI Bodyguard Twin Kembar BoBoiBoy,merupakan anak kepada jutawan teknologi yang berjaya,yang inginkan kebebasan bersekolah seperti budak biasa. So,selepas dah dapat kebenaran dari ayah mereka,mereka pun berpindah ke Pulau Rintis dan tinggal bersam...