°***********°
Gempa keluar daripada hospital dengan pantas.Pandangan pelik orang ramai tak dipedulikannya.
Manusia² tu tak penting.
Dia terus berlari sampailah dia tiba di taman rekreasi dimana berdekatan dengan taman permainan tadi.
Bila dia sampai dibawah satu pokok yang besar berhadapan dengan tasik,dia terduduk.Gempa memandang tangannya.Dia masih boleh rasa kulit wajah lelaki yang ditumbuknya tadi sebab dah cederakan Halilintar.
Dia mengimbas semula memori tadi yang ada dalam fail merah dia.
Sebaik sahaja telinganya mendengar jeritan Halilintar,Gempa melepaskan bakul yang dipegangnya dan terus mencari Halilintar.Mujur dia ada kamera pengesan jadi dia boleh kesan Halilintar dengan lebih pantas.
Dia tak tau apa yang dia rasa bila dia nampak Halilintar dicekik oleh lelaki tu.Marah?Geram?Dia tak tahu.
Dia ni robot.Bahan ciptaan manusia.Dia tak sepatutnya ada hati.Tak ada perasaan.
Dia cuma kepingan logam berbentuk manusia.
Tapi bila tengok Halilintar diperlakukan macam tu,dia rasa yang main command dia suruh dia hapuskan lelaki itu dengan serta merta.Dan dia rasa tiba² untuk lindungi Halilintar.
Lindungi kembar BoBoiBoy.
'Tapi aku ni robot!Aku tak sepatutnya ada rasa!Sebab aku tak ada hati!'
"Aku tak patut dekat dengan diaorang
dari awal.Aku ni berbahaya..."katanya sendiri."Gempa! Tunggu dulu!"
"Macam mana dia boleh jumpa aku?"bisik Gempa. Dia mula membuka langkah untuk lari.
"Jangan bergerak Gempa! Ini satu arahan!"
Suara tegas Ice memberi arahan membuat dia berhenti. Kaku macam tiang.
Main command dia tak bagi dia gerak.
"Tch-Override command."
Gempa cuba untuk godam keluar dari command Ice dan berjaya. Tapi tak sempat dia nak lari,tangannya ditarik kuat.
"Kau nak pergi mana?" tanya Ice tegas dan tangannya kuat mengenggam tangan Gempa.
"Jauh dari korang." balas Gempa sekilas. Dia dah ada ura-ura nak tarik tangan dia dari Ice.
"Kenapa kau override command aku?"tanya Ice lagi. Gempa mengetap bibirnya perlahan.
"Aku dah cakap. Jauh dari korang."balas Gempa lagi. Ice mengeluh kecil sebelum menarik Gempa duduk di salah sebuah bangku di taman tersebut.
"Gempa,cakap dengan aku. Apa yang jadi sebenarnya?"tanya Ice perlahan.Tangan dia masih kuat pegang tangan Gempa sebab takut dia lari.
Gempa tak menjawab. Dia hanya memandang ke tasik.
"Well,kalau kau tak nak bagitahu aku boleh je godam fail memori kau dan cari sendiri. Tapi aku tertinggal tablet dekat rumah so..."ugut Ice. Gempa pusing untuk menghadap Ice.
"Kau kalau tak ugut aku memang tak sah kan?"tanya Gempa. Ice hanya membuat muka polar bear innocent dia.
Haish,budak ni boleh jadi hacker bila dah besar nanti.
"Maafkan aku..Aku..tak boleh kawal tindakan aku. Main command aku terus suruh aku untuk hapuskan orang yang dah cederakan Halilintar tadi..Rasa macam....pelik..Aku tak tahu macam mana nak terangkan.."
YOU ARE READING
My AI BodyGuard Twin
FanfictionMy AI Bodyguard Twin Kembar BoBoiBoy,merupakan anak kepada jutawan teknologi yang berjaya,yang inginkan kebebasan bersekolah seperti budak biasa. So,selepas dah dapat kebenaran dari ayah mereka,mereka pun berpindah ke Pulau Rintis dan tinggal bersam...