~*********~
Robot itu dibaringkan diatas meja hologram.Ochobot membuka compartment yang ada pada dada kirinya.
Halilintar boleh nampak yang robot tu....takut.
'Wow...Siapa jer yang cipta dia ni memang nak dia betul² jadi macam manusia sebenar.'
Halilintar memegang tangan robot itu,cuba untuk menenangkan dia.Dimana berkesan sebab dia berhenti bergerak dan fokus pada yellow core yang dipegang oleh Ochobot itu.Perlahan dia genggam balik tangan Halilintar.
"Kalau kau ada rasa something wrong,bagitau aku cepat².Aku akan keluarkan core tu dari kau." kata Ochobot.Robot itu mengangguk dan memejamkan mata.
Trio Troublemaker berdiri sisi meja manakala Halilintar,Ice dan Solar berada di sebelah satu lagi.
"Muat ke?"tanya Thorn.Tak siapa membalas dan Ochobot perlahan-lahan memasukkan yellow core tersebut kedalam compartment yang berbentuk bulat itu.
Yellow core itu membentuk untuk menyelaraskan dengan compartment robot tu.
Halilintar rasakan yang robot itu mengenggam tangannya dengan lebih kuat bila yellow core itu padan dengan compartmentnya.Dada robot itu turun naik dengan laju,macam bernafas dengan pantas.
"H-Hey,kau okay tak?"tanya Halilintar.Robot itu tidak menjawab.
"Ochobot!Kenapa ni?"tanya Taufan cemas.
"Mungkin badan dia cuba untuk menyesuaikan diri dengan tenaga yellow core tu."kata Ochobot.Untuk beberapa minit,robot itu tidak bercakap apa².
Kemudian,bila dia buka mata,keseluruhan matanya bercahaya kuning.Kemudian terus menjadi warna yang biasa.
"Aku hidup lagi?Wow..Aku dah rasa nak mati dah tadi."kata robot itu membuatkan mereka tergelak.
"Apa yang abang robot rasa?"tanya Thorn.Robot itu memandang kearah Thorn dan mengusap kepalanya.
"Rasa macam aku ni manusia biasa.Entah,aku tak pernah rasa tenaga yang banyak selama ni..Aku tak rasa yang aku ni robot sekarang."katanya membuatkan semua orang mengangguk.
Yalah,dia pun memang dah macam manusia dah pun.
"So,korang dah ada nama ke untuk dia ni?"tanya Solar tiba².Halilintar baru buka mulut tapi Trio Huru Hara dah cakap awal².
"Dah!"kata mereka serentak.
"So,apa nama baru dia?"tanya Ice.
Trio Troublemaker baru nak bukak mulut tapi kali ni Halilintar mencelah."Jangan.Nama yang korang bagi tak sesuai untuk dia."kata Halilintar sambil berpeluk tubuh.Trio Huru Hara memuncung.
"Hey!Nama Rizal sesuai apa!"kata Blaze membuatkan Ice,Solar dan Ochobot ketawa.
"Guys,korang terpengaruh dengan meme ni."kata Ice sambil menguap.
"Humph!Fine!Korang ada cadangan lain ke?"tanya Taufan.Ice dan Solar diam sebab tak ada idea.
"Well,aku ada satu."semua mata terarah kepada Halilintar yang berpeluk tubuh.
"Disebabkan rupa dia serupa dengan kita,nama depan dia akan jadi BoBoiBoy.Dan jugak sebab nama belakang kita ialah nama elemen,so nama belakang dia ialah Gempa.Sebab kalau diikutkan,itu jer satu²nya elemen yang tinggal.So,nama dia ialah BoBoiBoy Gempa."
Semua orang terdiam dengan penerangan Halilintar.
"Kenapa?Tak okay ke?Kalau tak kita tukar."
"Nama tu.....MEMANG SESUAI SANGAT!!Terbaik lah Hali!"kata kembar BoBoiBoy serentak membuatkan Halilintar smirk.Dia kemudian memandang robot tersebut yang sedang duduk.
YOU ARE READING
My AI BodyGuard Twin
FanficMy AI Bodyguard Twin Kembar BoBoiBoy,merupakan anak kepada jutawan teknologi yang berjaya,yang inginkan kebebasan bersekolah seperti budak biasa. So,selepas dah dapat kebenaran dari ayah mereka,mereka pun berpindah ke Pulau Rintis dan tinggal bersam...