∆**********∆
Rebooting system...
//Internal scanning complete//
//Starting system//
.
.Lensa Gempa terbuka bila sistem dia selesai diproses.Cahaya putih terang membuatkan matanya terpaksa fokus untuk pandangan yang jelas.Apabila lensanya telah menyesuaikan diri di persekitarannya,dia mengimbas keberradaan dia sekarang.
Dia dibaringkan atas meja dengan banyak wayar yang bersambung padanya.Walaupun dengan sistem yang dah reboot dan processor yang masih berfungsi,dia tak boleh nak gerakkan badan dia.
[Badan aku..Tak boleh bergerak]
"Kau dah sedar,Crystal."Suara sinis jahat nak mati itu kedengaran membuatkan processor Gempa mula jadi tak keruan.Tangan yang bersarung itu mencengkam dagunya membuatkan Gempa terpaksa memandang orang yang dia tak nak nampak lansgung.
Jason.
Dia ada bersama dengan beberapa saintis yang lain,kehulur kehilir entah apa yang dibuatnya.Jason kembali pada jarak penglihatannya sebelum menekan butang membuatkan meja itu bergerak supaya Gempa boleh lihat keadaan sekeliling.
Yep,memang sah.Dia ada dalam lab yang pernah jadi rumah dia.
"Masih ingat tempat ni,Crystal?Aku ingat kau pertama kali rosakkan kaki kau dengan sengaja letakkan ia dalam griller."kata Jason sinis.Gempa hanya memandang tajam kearahnya.
"Kau dah dapat aku,apa yang kau nak aku buat?Jadi robot hamba dekat rumah lagi?Rosakkan badan aku?"sindir Gempa.Jason tidak berkata apa-apa tetapi dia menekan compartment di dada kiri Gempa,mendedahkan yellow core itu.
"Mulanya aku nak gunakan kau sebagai alat untuk Reverse kod aku memandangkan AI kau sangat canggih.Tapi sayangnya kau ni tak boleh nak pakai lama tanpa pengecasan dan aku tak ada cara untuk pastikan kau terus berfungsi."
"Itu sebab kau tak pernah nak tanya,dungu."kata Gempa.Boleh rosak dia kalau duduk dengan si bodoh ni-
"Kau berani walaupun kau tahu kau tak kan boleh lepas."
"Sebab tuan aku ciptakan aku supaya berani.Bukan macam kau.Serang orang dari belakang.Lemah."kata Gempa lagi. Dia tak kisah sangat akibat yang akan dapat nanti,tapi dia rasa puas hati sangat sebab cakap.
Tapi Jason nampak tak kisah dengan semua sindiran Gempa.Dia masih sibuk memasang wayar-wayar kecil kedalam compartment dada Gempa.
"Cakaplah selagi kau masih ada kebebasan untuk bercakap.Lepas aku berjaya dapatkan 'Reverse Mode',kau cuma akan buat apa saja yang aku suruh."kata Jason.Gempa mengetap bibirnya bila 'Reverse Mode' disebut.
Processor dia terus sahaja menyiarkan apa yang Amato bagitahu dia tentang 'Reverse Mode' dulu.
.
.
.
MEMORY REVISED..."Ayah,apa tu 'Reverse Mode'?
Soalan Gempa pada malam itu membuatkan Amato tersentak.Harini Amato tak bagi dia pergi sekolah sebab semalam Amato nak buat sesi baikpulih sepenuhnya jadi dia tak sempat nak cerita sepenuhnya.Dia dan Mechabot memandang satu sama lain.
"Gempa,status kamu ada tunjuk apa-apa pasal Reverse Mode?"tanya Amato.Gempa mengangguk kecil.
"Ada.Lepas ayah reboot saya punya sistem yang dah diugrade,sistem notice tunjukkan alert sistem yang tak dikenali.Bila saya cuba untuk akses secara direct,dia sistem kata saya boleh guna mode itu pada keadaan yang tertentu saja.Bila saya cuba lihat senarainya,ia macam penuh dengan coding rosak yang tak masuk akal."jelas Gempa.
YOU ARE READING
My AI BodyGuard Twin
FanfictionMy AI Bodyguard Twin Kembar BoBoiBoy,merupakan anak kepada jutawan teknologi yang berjaya,yang inginkan kebebasan bersekolah seperti budak biasa. So,selepas dah dapat kebenaran dari ayah mereka,mereka pun berpindah ke Pulau Rintis dan tinggal bersam...