~*********~
STESEN KERETA API PULAU RINTIS
Jam menunjukkan hampir pukul 7 pagi.Seorang lelaki tua berumur menunggu di stesen kereta api tersebut dengam ditemani dengan seorang remaja lelaki berumur 17 tahun.
"Haish,tak sabar pulak atok nak jumpa cucu² kembar atok ni!"katanya.Remaja disebelahnya hanya tersenyum.
"Yelah Tok Aba.Ocho pun tak sabar nak jumpa kembar BoBoiBoy tu."balasnya.
Tok Aba memandang Ocho,atau lebih dikenali sebagai Ochobot,aka cucu angkat dia.
"Pukul berapa kereta api sampai tadi?"tanya Tok Aba lagi.Nampak sangat tak sabarnya tu.
"Tu hah kereta apinya!"kata Ochobot sambil menunjuk kearah keretaapi yang sedang bergerak ke stesen kereta api tu.
Ambil masa beberapa minit barulah kereta api itu berhenti sepenuhya.Tak ramai orang yang keluar so senang mereka berdua nak cari budak² kembar tu.
"Tok Aba!!"suara keanak-anakan kedengaran.Tok Aba dan Ochobot memandang kearah sumber suara itu.
Trio Troublemaker berlari dan terus memeluk Tok Aba,dimana dia membalas pelukan tersebut.
"Haih,dah besar² dah cucu atok ni.Mana abang korang yang lain?"tanya Tok Aba sambil mengusap kepala Trio Troublemaker.
"Tu!Diaorang dekat sana!"kata Taufan sambil menunjuk kearah kembarnya yang lain.
"Haish,korang ni tak sabar²!"marah Halilintar.Dia kemudiannya bersalam dengan Tok Aba dan memeluknya.
"Assalamualaikum Tok.Lama tak jumpa."kata Halilintar.Tok Aba mengangguk.
"Waalaikumsalam.Ha'ah.Memang dah lama pun!Ni,korang ingat lagi tak dengan Ochobot nih?"tanya Tok Aba sambil menunjuk kearah Ochobot yang hanya melambai kearah kembar BoBoiBoy.
"Ocho!!"
"Offh-"
Hampir nak jatuh Ochobot dibuatnya bila semua kembar BoBoiBoy memeluknya.
"Ahahaha!Ya,ya!Aku pun rindu korang jugak.Jeez...Korang tak berubah sejak dulu lagi."komen Ochobot membalas pelukan kembar BoBoiBoy.
"Ha,jom balik.Korang semua mesti penat kan?"tanya Tok Aba.Kembar BoBoiBoy mengangguk.
"Cam tu,jomlah balik.Nanti korang tidur boleh atok dengan Ochobot pergi pasar kejap cari sarapan."kata Tok Aba.
"Kitaorang boleh minum Ice Blend Chocolate Tok Aba kan?"tanya Ice dengan mata yang bersinar.Dia suka air tu.Ice melompat kegembiraan bila Tok Aba mengangguk.
"To the car!"
Halilintar hanya tersenyum melihat keletah adik beradik kembarnya.Dia menggalas beg pakaiannya dan berjalan ke kereta Tok Aba sambil berbual-bual dengan Ochobot.
~*********~
Perjalanan kerumah mengambil masa satu jam.Kembar BoBoiBoy kecuali Halilintar dah tertidur sebab kepenatan.Halilintar masih lagi tak tidur sebab sepanjang perjalanan dalam kereta api dia dah tidur.

YOU ARE READING
My AI BodyGuard Twin
ФанфикMy AI Bodyguard Twin Kembar BoBoiBoy,merupakan anak kepada jutawan teknologi yang berjaya,yang inginkan kebebasan bersekolah seperti budak biasa. So,selepas dah dapat kebenaran dari ayah mereka,mereka pun berpindah ke Pulau Rintis dan tinggal bersam...