∆**********∆
Bersama dengan Halilintar dan Taufan,mereka berdua mencari Gempa berdekatan dengan tempat sekolah.
Halilintar melihat tracker yang diberikan Ice dalam telefonnya manakala Taufan terbaring dekat pondok bas sebab penat.
"Hah...Hah..Hali..Cop kejap...Aku mengah.."adu Taufan. Halilintar menggeleng kepalanya.
"Taufan,ini serius tau tak? Keadaan kita semua ni tak selamat selagi si Jason biskut Jacobs tu tak masuk penjara."balas Halilintar. Dia menarik Taufan bangun.
"Kau dah cuba call ayah?"
"Dah,tapi tak berbalas."
Taufan mengeluh sebelum bersandar pada tiang lampu dan mengeluarkan telefon dia.
Halilintar mundar-mandir sambil cuba untuk hubungi ayah dia. Dah berkali-kali tapi tak dapat.
Haish,ni ngisau ni.
"Tch...Ayah...angkatlah telefon...Taufan,kau dapat-"
Bila Halilintar pusing,Taufan tak ada ditempat dia bersandar tadi. Telefon Taufan saja yang ada.
Darah Halilintar terus jadi sejuk. Dia segera mengambil telefon Taufan dan memandang sekeliling.
Diselekoh,dia boleh nampak ada orang yang tengah menutup mulut dan mengheret Taufan yang meronta.
Masa tu Halilintar dah tak fikir panjang.
Dia terus lari dan flying kick lelaki tersebut.
"Apa yang kau cuba buat hah,tak guna?!"jerkah Halilintar. Taufan cepat² bangun dan berdiri dibelakang Halilintar.
Habis pucat muka dia ketakutan hampir² kena culik.
Lelaki yang kena flying kick Halilintar tadi bangun dan mengelap hidungnya yang berdarah penangan flying kick Abe Hali.
Halilintar dan Taufan terkaku apabila lelaki itu mengeluarkan pisau hutan dari poketnya. Halilintar terus menolak Taufan kebelakangnya.
"Tak payah nak menyusahkan aku. Aku hanya perlukan salah satu dari korang."kata lelaki itu. Halilintar menoleh kearah Taufan sebelum fokus memandang kedepan semula.
"Biar aku teka,kau orang Jason,betul kan?"kata Halilintar. Lelaki itu hanya tersenyum sinis.
Tanpa sebarang kata,lelaki itu melibas pisau itu kearah Halilintar secara tiba².
Serangan mengejut itu membuatkan Halilintar reflex menolak Taufan ketepi dan bergolek kearah lain. Perhatian lelaki itu kini fokus pada Halilintar.
"Hali-"
"Lari Taufan! Cari diaorang! Berpecah!"arah Halilintar. Mereka berdua memandang sesama sendiri sebelum mengangguk dan berlari pada dua arah bertentangan.
Lelaki yang ditinggalkan itu tersenyum sinis sebelum mengangkat walkie-talkie dia.
"Aku dah pisahkan batch pertama. Giliran korang."
∆*********∆
Blaze dan Ice mencari Gempa berdekatan dengan taman permainan. Blaze jadi pemerhati dan Ice cuba untuk jejak tracker Gempa.
YOU ARE READING
My AI BodyGuard Twin
FanfictionMy AI Bodyguard Twin Kembar BoBoiBoy,merupakan anak kepada jutawan teknologi yang berjaya,yang inginkan kebebasan bersekolah seperti budak biasa. So,selepas dah dapat kebenaran dari ayah mereka,mereka pun berpindah ke Pulau Rintis dan tinggal bersam...