∆Chapter 34∆

750 110 26
                                    

∆**********∆

Jason tersenyum sinis melihat carta di skrin yang menunjukkan tindak balas Gempa semakin melonjak naik apabila dia mendekatkan tazer itu pada Ice.

"Mana pergi perangai budak-budak kau tadi,Crystal?Dah tak nak melawan?"sindir Jason. Dia menutup tazer tersebut dan meletakkannya di atas troli.

Ice hanya mengetap saja bibirnya. Dia pun tak boleh nak buat apa-apa dengan tangan tergari kebelakang dan orang bawahan Jason menahan dia dari bergerak dibelakang,memastikan Gempa nampak apa yang mereka buat pada dia.

"Kau dah janji, Jason...Kau tak kan ganggu mereka kalau aku ikut kau!"bentak Gempa.

Lagi dia marah,lagi tinggi bacaan pada mesin itu.

Jason tersenyum sinis sebelum mencengkam dagu Ice,memaksanya untuk bertentang mata dengan Gempa.

" Aku tahu dia yang betulkan kau selepas kau lari. Dan dari rekod sekolah dia pun,dia memang bijak dalam bidang ni. Jadi,tak kan lah aku nak biarkan permata macam ni membazir saja kan? Lagipun,aku boleh gunakan dia untuk pastikan kau ikut arahan? Win-win lah kiranya kan?"katanya selamba,menambah kemarahan Gempa.

Ice dapat kesan apa yang Jason cuba akukan.

"Gempa,tenangkan diri kau! Lagi kau marah,lagi dia suka.Itu apa yang dia cuba buat!"jerit Ice. Jason memaksa Ice untuk tunduk.

"Kau diam. Kalau kau rasa nak selamat,aku cadangkan kau tutup mulut kau."kata Jason.

Tapi bukannya Ice kisah pun.

"Mana abang-abang aku yang lain?Apa yang kau dah buat pada mereka?!"

"Hm...Biar aku cuba ingat baik ek?Halilintar,Blaze dan Thorn kemungkinan tengah ditanam bawah rumah kau. Taufan ada dekat dalam bilik tahanan dengan luka yang masih berdarah dan dalam bahaya untuk mati kekurangan darah. Ah,Solar pulak ada dengan anak aku."

Katanya sangat selamba dan boleh menaikkan kemarahan.

"Kau tipu..."

Jason berjalan mendekati Gempa dengan senyuman sinis.Ekspresi robot itu sangat menyeronokkan.

Dia rasa manis kemenangan.

"Kau mesti rasa kau patut musnah masa tuan asal kau mati dengan anak dia kan?Kau kena ingat,kau pun salah satu punca kenapa mereka mati.Bukan aku sorang."bisiknya perlahan,meracuni processor Gempa.

Gempa mengetap bibir sintetiknya kuat.Processornya makin menunjukkan memori yang Amato dah tolong kunci yang dia langsung tak nak tengok.

Dia tahu dia gagal.

Melihatkan graf yang ada di mesin itu mula menurun melepasi carta,Jason merengus kecil.Dia masih tak boleh dapatkan Reverse Mode.

"Cukuplah untuk harini.Kau ni tak berguna sama macam dulu.Langsung tak boleh nak buat apa-apa!"

Jason menampar Gempa kuat sehingga kepalanya terteleng ketepi tapi Gempa langsung tak beri tindak balas.Mata dia yang bersinar kuning tadi memudar.

"Tch-Menghampakan. Matikan dia dan bersedia untuk ujikaji esok. Aku akan pastikan yang kali ni aku akan berjaya."kata Jason dingin sebelum berlalu pergi.

My AI BodyGuard TwinWhere stories live. Discover now