Daren bangun dari tidur nya dan mematikan alarm. Daren mengambil tuala dan terus masuk ke dalam bilik air.
Selepas mandi, Daren duduk di atas katilnya semula sementara menunggu azan berkumandang.
Daren melihat skrin telefonnya ada satu notifikasi daripada Tengku Derina. Daren membaca text whastapp daripada Tengaku Derina dan terus sahaja membalas.
Setelah azan berkumandang Daren terus meletakkan telefonnya di meja untuk mengambil wudhu' dan terus menunaikan solat fardhu.
Daren bersiap siap memakai uniform kerja dan terus keluar daripada biliknya. Daren turun ke tingkat bawah dan pergi ke meja makan.
Kali ini Daren sarapan seorang diri kerana orang tuanya sudah bertolak ke luar negara tengah pagi tadi.
Selepas sarapan Daren bergegas untuk pergi ke tempat kerja.
Seperti biasa Camelia akan menunggu Daren, tetapi kali ini mungkin Camelia terlepas pandang tanpa sedar Daren sudah masuk ke dalam office.
Camelia geram dengan tingkah laku Daren lalu dia masuk ke dalam office dengan muka mencuka.
Daren terus masuk ke dalam biliknya dan menyambung kerja yang tertangguh.
꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒷꒦꒷꒦꒷
"Hai! Nama aku Qaisara Irdina, tengok lah aku hari ini comel tak? Lawa tak? Hey tengok lah lawa tak? Ehehehehe. Hari ini aku nak cuba nasib aku nak pergi interview dekat Syarikat Megah Holding.""Eh bukan bukan silap, aku nak pergi interview dekat syarikat Tengku Daren Vincent, tengok dekat gambar saja dah handsome apa tah lagi jumpa depan depan kan aaaa takut."
"Sayang! Turun sini makan nanti lambat nak pergi interview."
"Okay umi kejap lagi Sara turun."
Qaisara melihat diri nya di cermin sebelum dia keluar daripada biliknya. Hari ini penting bagi nya jadi dia memakai pakaian yang formal tapi tidak lah terlalu formal.
Selepas saja bersarapan, dia menyalam tangan Puan Qairina manakala Encik Qhalid sudah menunggu nya di dalam kereta. Disebabkan dia tidak suka memakai high heel jadi dia memakai Martin Boots pemberian dari kakaknya.
"Good luck anak umi, jangan lupa senyum okay."
"Okay umi Sara pergi dulu assalamualaikum."
Sebelum Qaisara keluar daripada kereta dia menyalam tangan bapa nya, bapanya mengucup lama dahi anak bongsu nya.
"Ingat pesan abah semalam, jangan gugup sangat okay selawat banyak-banyak."
Qaisara menganggukkan kepalanya.
Di dalam lift Qaisara menghela nafas untuk menghilangkan perasaan gementarnya.
Selepas saja dia keluar daripada lift alangkah terkejut nya dia ramai juga yang hadir untuk interview hari ini. Dia melabuhkan punggung di kerus ke lima belas dan menggoyangkan kaki seperti anak kecil.
YOU ARE READING
Mrs.TENGKU DAREN VINCENT | ON HOLD
Romance[S L O W U P D A T E] 𝕶𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖐𝖊𝖙𝖎𝖌𝖆 Bacaan untuk 16+ "Kau janji dengan aku jangan tinggalkan aku." - Daren Vincent "Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya." - Qaisara Irdina "Te Amo sweetie." - Daren Vincent (I WRITE THIS STORY JUST F...