7

805 77 31
                                    

Keluarga Qaisara bersarapan bersama-sama, abang Qaisara sudah pulang ke rumahnya selepas subuh tadi kerana dia risau akan isterinya yang sedang sarat mengandung itu. Semasa semua sedang menjamu sarapan itu, Qistina bersuara.

"Abah, abah tak payah lah hantar Sara, sementara Qis ada dekat sini Qis boleh hantar kan dia lagi pun sama jalan dengan butik Qis." Ujar Qistina.

"Ha suka hati kamu lah, abah minta maaf lah banyak menyusahkan kamu dengan Qayyum. Mak kamu tiba-tiba pengsan pula semalam."

"Ish abah ni apa cakap macam tu, selagi kita orang ada dekat sini boleh lah tengok abah dengan mak, kalau kita orang dah jauh nanti nak datang jenguk pun susah." Ujar Qistina lalu mereka sekeluarga pun ketawa.

Qaisara mengimbas kad miliknya dan terus mempercepat kan langkah untuk menuju ke bilik pejabat Daren

Qaisara membuka pintu bilik pejabat Daren dan dia hairan Encik Boss nya tidak sampai lagi ke? Lalu dia terus menanyakan kepada staf pekerja di situ.

"Em akak Tuan Vincent ada masuk sini tak tadi?"

"Tak ada lah Qaisara kenapa?" Ujar pekerja itu.

"Tak ada lah sekarang dah pukul 8 nanti pukul 9:30 Tuan Vincent ada mesyuarat." Ujar Qaisara pula.

Qaisara menunggu di dalam bilik pejabat Daren. Dia tidak senang duduk ke hulu ke hilir di dalam bilik pejabat itu. Jam sudah menunjukkan pukul 9:10 pagi tetapi Encik Boss nya itu masih tidak muncul muncul lagi.

"Mana Tuan Vincent ni dia dah lambat sangat ni." Ujar Qaisara dengan ke hulu hilir. Lalu pintu bilik pejabat itu terbuka dan muncul lah Encik Boss nya.

Daren menutup pintu bilik pejabat itu dan Qaisara menghampiri nya.

"Tuan Vincent tahu tak Tuan dah lambat sekarang dah pukul 9:15 minit tahu tak?" Ujar Qaisara risau.

Daren pula terpana melihat kecantikan Qaisara pada hari ini kerana hari ini Qaisara memakai baju formal. Aiyoo Daren Daren, Qaisara tengah membebel tu hahahahaha.

Untuk pertama kalinya Daren melihat Qaisara memakai heels dan bercoat. Sungguh cantik Qaisara pada pagi ni bagi Daren lah author hanya perah idea saja.

Qaisara perasan akan pandangan Encik Boss nya lalu dia petik jari ke arah Daren dan Daren tersentak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Qaisara perasan akan pandangan Encik Boss nya lalu dia petik jari ke arah Daren dan Daren tersentak.

"Pagi pagi lagi sudah mengelamun."

Ujar Qaisara, dia perhatikan ada sesuatu yang tidak kena dengan Daren. Qaisara mengetuk dahu nya.

"Kenapa?" Soal Daren.

Qaisara teringat sesuatu lalu menggelengkan kepala nya perlahan.

"Tuan Vincent lupa tali leher lah ." Ujar Qaisara.

"Ouh er a-aku terbangun lambat tadi." Ujar Daren.

Qaisara bergegas ke almari belakang tempat duduk Daren untuk mencari tali leher. Mujur lah ada satu bekas tali leher.

Mrs.TENGKU DAREN VINCENT | ON HOLDWhere stories live. Discover now