10

825 74 53
                                    

12 Mac 2022

Daren melihat diri nya di cermin solek. Diri nya begitu segak sekali pada pagi ini dengan mengenakan baju melayu berwarna putih kain sampin songket dan songkok yang terletak elok di atas kepala nya membuatkan jantung Daren berdegup kencang.

Seminggu sebelum nya

Keluarga Daren mengunjung ke rumah Encik Qhalid dengan senyuman lebar terukir di bibir nya. Daren pula penuh dengan debaran di dada.

"Ada apa kau datang rumah aku ni Nyel?" Soal Encik Qhalid.

Tengku Danial hanya tersenyum saja lalu memandang ke arah anak tunggal nya yang membatu daripada tadi. Dengan secara tidak sengaja Daren memandang Tengku Danial yang sedang tersenyum memandang nya, Daren mengerti dengan senyuman yang diberikan oleh papa nya itu.

Daren menundukkan wajah sekilas dan menghembuskan nafas kecil lalu memandang Encik Qhalid yang bingung melihat mereka.

"Ehem! Emm abah, Daren datang ke sini ada hajat."

Encik Qhalid tertawa kekok mendengar percakapan Daren yang sukar untuk difahami itu.

"Hajat apa tu Daren?"

Daren memandang Encik Qhalid buat seketika dia berdehem kecil.

"Izinkan Daren untuk menjaga bidadari abah. Daren dah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami kepada bidadari abah." Dengan satu nafas saja Daren melontarkan kata-kata nya.

Encik Qhalid tersenyum kecil mendengar bait bicara Daren lalu memandang Puan Qairina. Puan Qairina hanya menguntumkan senyuman memandang suami nya.

"Daren betul betul nak jaga bidadari abah?"

Daren menguntumkan senyuman seraya menganggukkan kepala.

"Ye abah."

"Daren janji dengan abah jangan sakitkan hati bidadari abah? Daren janji dengan abah jangan sesekali naik tangan dekat bidadari abah?

Sekali lagi Daren menganggukkan kepala nya.

"Daren janji abah, Daren janji Daren akan jaga bidadari abah sebaik yang mungkin."

"Baiklah kalau itu yang Daren cakap, abah akan ingat tapi abah mohon dengan Daren. Kalau Daren tak mahu bersama dengan bidadari abah tolong lepaskan dengan cara yang baik macam mana abah berikan kepada kamu."

"Baik abah."

"Jadi, bila kamu nak adakan majlis kamu berdua?"

"Minggu depan."

"Uhuk! Uhuk!"

Semua mata memandang Tengku Danial yang tersedak minum air kopi itu termasuklah Daren.

"Are you serious boy? Next week? How about Qaisara did she agree about this?" Soal Tengku Danial.

Daren menguntumkan senyuman lalu memandang susuk tubuh kecil yang sedang menyorok di dapur.

"I know she will agree about this pa sebab Daren tahu dia pun dah tak sabar nak jadi princess Daren." Ujar nya dengan mata nya masih memandang gerangan yang menyorok di dapur itu.

Daren menguntumakn senyuman manis kepada gerangan yang menyorok itu mahu saja dia ketawa di situ kerana dia tahu pasti dia sedang menahan malu sekarang ini.

Tuk! Tuk! Tuk!

Daren tersentak dari lamunan nya apabila gegendang telinga nya mendengar ketukan pintu dari luar. Daren melihat saja gerangan yang masuk ke dalam bilik itu.

Mrs.TENGKU DAREN VINCENT | ON HOLDWhere stories live. Discover now