Pagi yang dingin itu makin membuat Qaisara tidur nyenyak dan tanpa sedar Daren tiada di sebelahnya. Daren pula sedang bertungkus lumus di dapur untuk membuat sarapan mereka berdua. Selepas solat Subuh pagi tadi, Daren langsung tidak tidur kerrana sedang melihat beberapa video toturial masakan untuk dia masak nanti.
Di dapur, Daren asyik mengomel sendirian. Adakalanya, dia memarahi bawang merah kerana membuat matanya menangis. Selama dia membujang sebelum ini, dia tidak pernah memasak bahkan untuk dirinya sendiri. Tetapi, kali ini dia cuba untuk memasak demi isterinya yang tercinta. Menu yang dipilih untuk masak pada pagi itu adalah mee goreng basah dari video Che Nom. Dia menggaru tepi kepala nya dan berdecit kerana sudah berapa kali dia memutarkan video toturial itu takut dia salah masukkan bahan untuk dimasak.
"Betul ke aku buat ni, macam laju sangat pula toturial ni haish!" Ngomelnya sendirian.
Kening Qaisara berkerut apabila cahaya matahari mengganggu tidur nya. Dia mengeluh kecil dan bangun dari baring lalu menyandarkan badan belakangnya di kepala katil. Mata Qaisara terpisat-pisat melihat jam di dinding, jam menunjukkan jam 8 pagi. Dia melihat di sebelahnya Daren tiada, dia mengeliat kecil dan bangun dari katil untuk mencuci muka.
Semasa Qaisara turun dari lift, dari ruang tamu lagi dia sudah mendengar seseorang sedang masak di dapur dengan bersin yang tidak henti. Qaisara berlari anak dan menyembunyikan diri di belakang dinding dapur. Qaisara berasa lucu melihat Daren sedang bertungkus lumus memasak dengan memakai apron yang dihadiahkan nya sendiri untuk Qaisara.
"Comelnya suami kita ni, nak belajar masak ya." Ujar Qaisara dalam hati.
Qaisara berdehem kecil dan menghampiri Daren.
"Good morning Dear."
Daren menoleh sisi kiri dan menguntumkan senyuman lebar lalu mengucup dahi Qaisara sekilas.
"Morning Sweetie."
"Emm sedapnya bau, rajin nya suami kita ni. Ada apa-apa yang boleh saya tolong?"
Daren laju menggeleng kepalanya.
"Nope, kau tunggu je dekat meja makan. Dah nak siap dah ni nanti kita makan sama-sama okay?"
Qaisara tersenyum kecil dan akur saja dengan perintah suami.
Sedang Qaisara menyediakan pinggan untuk mereka berdua, Daren sudah membawa mee goreng basah itu dengan senyuman lebar sekali.
"Okay our breakfast dah siap!"
"Yeay! Tak sabarnya nak rasa hehehehe." Ujar Qaisara gembira.
Daren cedok mee itu ke pinggan Qaisara dan pinggan nya. Daren menunggu Qaisara makan dahulu. Daren tunggu dengan perasaan berdebar apabila Qaisara sudah mula mengunyah masakan nya. Qaisara senyum dan menunjuk "thumbs up" ke Daren. Daren senyum lega dan menyuap mee itu ke dalam mulutnya. Tetapi, tidak sampai beberapa saat, dia mengeluarkan semula mee itu dari mulutnya dan minum air jus oren dengan habis.
"Sweetie ini kau kata sedap? Masin adalah!" Ujarnya dan menghulur gelas ke Qaisara untuk menuang jus oren lagi.
Qaisara tersenyum kecil dan memandang Daren yang sedang meneguk jus oren.
"Saya tak nak awak kecil hati sebab saya tahu ini baru pertama kali awak cuba nak memasak kan?" Ujar Qaisara lembut.
Daren meletak gelas jus oren dan senyum apabila mendengar Qaisara bicara begitu.
"It's okay lah Sweetie, aku takkan marah kalau kau cakap jujur."
Qaisara tertawa kecil dan mengambil mangkuk mee goreng itu dan bangun dari duduknya.
YOU ARE READING
Mrs.TENGKU DAREN VINCENT | ON HOLD
Romance[S L O W U P D A T E] 𝕶𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖐𝖊𝖙𝖎𝖌𝖆 Bacaan untuk 16+ "Kau janji dengan aku jangan tinggalkan aku." - Daren Vincent "Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya." - Qaisara Irdina "Te Amo sweetie." - Daren Vincent (I WRITE THIS STORY JUST F...