6

622 73 44
                                    

Sebulan telah berlalu, sifat dingin Daren masih sebati dengan dirinya. Daren masuk ke dalam bilik pejabatnya, masih kosong langsung tiada kelibat Qaisara. Dia melabuhkan punggung di kerusi nya dan terus membuka laptop.

Sejam berlalu, Daren berasa tidak sedap hati. Dia melihat jam di pergelangan tangan sudah pukul 9 tapi masih lagi tiada tanda tanda Qaisara kesini.

Daren keluar dari bilik pejabat nya dan terus naik lift untuk turun ke lobi syarikat.

"Qaisara ada datang tak? Atau dia ada inform dekat korang yang dia nak keluar ke?"

"Macam tak ada lagi Tuan sebab nama dia pun tak ada dalam rekod hari ini."

"Haih budak mana kau pergi?" Gumam nya perlahan.

Dia mendail nombor telefon Qaisara berkali-kali tapi tidak di angkat.

Daren naik semula ke tingkat atas dan terserempak dengan Camelia.

"Lah tak kan lah dah mula tunjuk belang perempuan tu." Perli Camelia.

"Kau jangan nak sibuk hal aku boleh tak?"

"I sibuk hal you? Tch! Sejak budak tu kerja sini reti pula you nak bercakap kan? Kalau tak macam simpan emas dalam mulut tu nak say hi pun susah."

Daren mengabaikan Camelia dan terus mengorak langkah masuk ke dalam bilik pejabatnya.

Daren melabuhkan punggung di sofa panjang, dia melepaskan keluhan berat. Sekali kali dia cuba untuk mendail nombor telefon Qaisara yang dia dapat hanya voicemail saja.

Sedang Daren termenung, pintu bilik pejabat nya terbuka. Daren bingkas bangun dari duduknya dan tekaan dia betul Qaisara sudah muncul.

Daren terkejut kerana Qaisara berpeluh dan tidak cukup bernafas seolah olah dia baru saja lepas berlari.

"Qaisara kenapa ni?"

Daren menghampiri Qaisara dan memegang bahu Qaisara lalu dia memapah Qaisara duduk di sofa panjang.

"Kau pergi mana ni, asal berpeluh macam ni?"

Qaisara memandang Daren dengan nafasnya yang masih tercungap.

"Kau tunggu sini sekejap."

Laju saja kaki Daren melangkah keluar dari bilik pejabatnya.

Dia masuk semula ke ruang bilik pejabat dengan membawa mug berisi air masak dan menghulurkan kepada Qaisara.

Qaisara mengambil mug itu dan menghirup air masak dengan perlahan-lahan. Selang berapa minit, nafas Qaisara kembali teratur.

"Kenapa kau macam lari dari sesuatu je? Kau okay tak ni?"

Qaisara mengenggam mug itu erat, dia memainkan jari jemarinya untuk menghilanhkan perasaan gementar.

"Er sebenarnya saya baru balik dari hospital."

Membulat mata Daren apabila Qaisara berkata begitu.

"Kenapa? Kau luka ke?" Soal Daren nak menilik wajah Qaisara. Qaisara menggelengkan kepalanya.

"U-Umi, umi kena tahan wad."

Mata Daren fokus memandang wajah Qaisara yang suram itu. Dia tunggu saja Qaisara meneruskan percakapan nya.

"Hm tadi masa subuh umi jatuh bilik air sampai pengsan. Lepastu abah bawa umi pergi hospital. Saya jaga umi sampai tak sedar saya dah lewat nak pergi kerja, saya tak nak susah kan abah saya ulang alik ambil saya dari hospital jadi saya cari lah grab tapi grab tu pula tak boleh hantar sampai ke sini itu yang saya lari. Tapi maaf kan saya ye Tuan Vincent sebab lambat, dah dua kali saya lambat." Ujar Qaisara dan menundukkan wajahnya.

Mrs.TENGKU DAREN VINCENT | ON HOLDWhere stories live. Discover now