Daren melepaskan keluhan badan belakang disandarkan pada dada kerusi megah nya. Dia menarik tali leher nya kasar dan membuka satu butang baju terpaling atas sehingga terlihat jinjang leher nya lalu dia memicit pelipis dahi mata nya terpejam menikmati urutan nya. Hari ini hari yang sibuk buat Daren dari pagi sampai lah pukul 3 petang sekarang baru dia dapat rehatkan minda nya sesak itu dengan tenang.
Qaisara masuk ke dalam dia melihat Daren sedang memicit pelipis dahi dia menguntumkan senyuman dan kaki nya menuju ke Daren.
"Penat sangat ke tu?"
"Pergi mana?" Soal Daren tangan nya sudah berhenti dari memicit pelipis dahi matanya masih tertutup rapat.
Qaisara meletakkan cawan starbuck di atas meja Daren dan berdiri di sisi meja Daren.
"Ziqry ajak saya pergi starbuck ehehehe emm minum lah ni saya belikan untuk awak Ziqry cakap ni favourite awak."
Qaisara melihat tiada respon daripada Daren dia mahu mengorak langkah menuju ke tempat nya. Qaisara menjerit kecil apabila pinggang nya ditarik dari belakang dan punggung nya sudah pun selamat mendarat di atas riba Daren. Qaisara menoleh memandang Daren mata nya masih terpejam apabila dia mahu bangun dari duduk nya Daren semakin mengeratkan lagi tangan nya memeluk pinggang Qaisara sehingga badan belakang nya dekat dengan bidang dada Daren.
Qaisara terkedu apabila Daren mula mencium rambut nya jantung nya berdegup kencang badan nya mengeras apabila Daren mencium bahu nya pula. Mulut nya mahu bersuara tetapi seakan-akan terkunci apabila Daren menunjukkan sisi manja nya. Daren mencium bahu Qaisara lama sekali dan muka nya disebamkan pada badan belakang Qaisara kedua-dua tangan nya erat memeluk pinggang Qaisara.
"A-Awak nanti orang nampak lah." Tutur Qaisara lembut seraya menepuk perlahan tangan Daren.
Daren menggeleng kepala nya perlahan apa yang digelengkan nya tu tak tahu lah. Qaisara tersenyum kecil melihat gelagat Daren dengan perlahan-lahan dia memusingkan badan nya menghadap Daren dan dengan pantas Daren masuk ke dalam pelukan Qaisara. Pada mula nya, Qaisara sedikit terkejut dengan perbuatan Daren jantung nya juga tidak berhenti berdegup kencang daripada tadi.
Perlahan-lahan tangan Qaisara dibawa naik memegang kepala Daren dan mengusap kepala Daren seperti anak kecil. Qaisara terdengar Daren melepaskan keluhan dalam pelukannya, Qaisara tersenyum kecil sekali lagi dia memainkan rambut Daren itu dengan jari jemarinya.
"Awak, sekejap je tau. Nanti kalau dia orang nampak habislah mula lah bergosip nanti." Ujar Qaisara lembut.
"Tak nak." Jawab Daren.
"Awak, jangan lah macam ni kita dekat dalam office lagi kan? Tak elok lah."
"Apa yang kau nak takutkan dia orang semua kan dah tahu hubungan kita?"
"Memanglah tapi-"
Tuk! Tuk! Tuk!
Ketukan dari luar pintu itu menghentikan percakapan Qaisara. Qaisara mula panik apabila Daren masih lagi tiada tanda-tanda mahu melepaskan nya.
"Awak bangun lah, jangan lah macam ni mana tahu penting ke?"
Tuk! Tuk! Tuk!
Sekali lagi ketukan dari luar pintu kedengaran dari gegendang telinga mereka berdua. Daren mendengus geram.
"Kacau betul lah." Ujar nya.
Daren mengangkat wajahnya dan memandang Qaisara dan mengucup pipi Qaisara sekilas. Terkedu Qaisara dengan perbuatan Daren yang spontan itu muka nya membahang dan cepat-cepat dia turun dari duduk di atas riba Daren lalu menuju ke tempat nya yang berada di sebelah Daren. Daren membetulkan posisi duduk nya.
YOU ARE READING
Mrs.TENGKU DAREN VINCENT | ON HOLD
Romance[S L O W U P D A T E] 𝕶𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖐𝖊𝖙𝖎𝖌𝖆 Bacaan untuk 16+ "Kau janji dengan aku jangan tinggalkan aku." - Daren Vincent "Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya." - Qaisara Irdina "Te Amo sweetie." - Daren Vincent (I WRITE THIS STORY JUST F...