8

653 66 52
                                    

Nafas Qaisara tercungap-cungap mahu mengejar Daren yang semakin kehadapan. Daren melihat sisi nya tiada Qaisara dia berhenti daripada berlari dia memusingkan badan nya kebelakang melihat Qaisara sudah tercungap-cungap sambil memegang kedua-dua lutunya Daren tertawa kecil dan berlari anak mendapatkan Qaisara.

"Penat ke?"

Qaisara mengangkat mukanya memandang Daren dia menarik nafas sedalam dalam yang mungkin dan menghembus perlahan-lahan.

"Awak ni laju sangat lah, kata nak jog je ni saya tengok laju saja awak lari."

Daren tertawa kecil dia duduk mencangkung di hadapan Qaisara dan terus mengangkat Qaisara dengan gaya piggyback.

(Bukan mencarut ye anak-anak. Boleh bayangkan tak lelaki dukung perempuan dan perempuan tu dekat belakang kaki dia bersilang dekat pinggang lelaki boleh bayangkan tak? Tak boleh call shopee)

Qaisara terkejut dengan tindakan Daren dan tangan nya laju saja memegang bahu Daren erat.

"A-Awak jangan lah orang tengok lah."

Daren mengabaikan saja Qaisara dan mula mengorak langkah.

"Lain kali kalau tak nak kena tinggal lari cepat sikit ini tidak lembap."

Qaisara mencebik dia menggoyangkan kaki nya spesis anak kecil.

"Awak yang laju sangat, saya tahu lah kaki awak tu panjang kalau ye pun tunggu lah saya penat tahu tak nak mengejar awak."

"Yeke?"

"Yelah."

"Okay, kalau macam tu pegang aku kuat-kuat."

"Kenapa?"

Daren terus langkah berlari, Qaisara yang berada di belakangnya sudah menjerit kecil akibat Daren yang berlari mengjejut dia memeluk leher Daren sambil sambil itu mulutnya membebel memarahi Daren, Daren tersenyum saja.

Tiba saja di tempat mereka Daren menurunkan Qaisara yang berada di belakangnya. Nafas nya tercungap-cungap Qaisara menghulur botol air Daren kepadanya dan Dare meneguk dengan perlahan-lahan.

"Malam ni family kau ada apa-apa nak dibuat ke?" Soal Daren.

"Em macam tak ada. Kenapa?"

"Mama ajak kita dinner sama-sama so nanti ajaklah family kau kakak kau pun ada sekali kan? Kalau dia nampak Qistina mesti dia terkejut."

"Mama kenal kakak juga?"

Daren memandang muka Qaisara yang memerah akibat terkena sinaran cahaya matahari seraya tertawa kecil dia menganggukkan kepalanya.

"Macam aku cakap, dia kawan perempuan rapat aku dia pun kenal Ziqry juga yang langgar kau dekat lobi tu."

Qaisara meng'o'kan saja percakapan Daren dan mengeluh kecil.

"Amboi mengeluh pula."

Qaisara tersengih malu.

"Em pukul berapa nak datang rumah awak?"

"Pukul 8:30 aku datang ambil kau."

Membulat mata Qaisara.

"Kenapa pula? Habis abah, umi akak?"

"Dia orang datang pukul 9 nanti."

"Ei mana boleh, saya nak saing dengan dia orang." Rengek Qaisara.

"Nope, tak boleh. Pukul 8:30 aku tak nampak bayang kau aku terjah masuk bilik kau faham?"

Qaisara mengecilkan mata nya memandang Daren dia mendengus geram dan tangan nya disilangkan di dada.

Mrs.TENGKU DAREN VINCENT | ON HOLDWhere stories live. Discover now