3

699 75 38
                                    

Qaisara tiba di syarikat pada pukul 8 pagi, dia masuk ke dalam bilik pejabat Daren dan jelas kelihatan masih lagi tiada kelibat Daren.

Dia melabuhkan punggung di kerusi kepunyaan Daren dan memusingkan kerusi itu dengan sorak gembira.

"Macam ni gaya nya kan bila jadi bos. Bilik besar mengalahkan rumah, lepastu arah saja pekerja pekerja buat itu ini."

"Aku nak kau siap kan ni sebelum kau balik." Ajuk Qaisara lalu dia tertawa dengan kerusi masih terpusing-pusing tak pening ke kepala tu Qaisara.

"Kau! Pergi tolong buat kan aku kopi! Kau! Berapa kali aku nak cakap, buat kerja tu elok-elok kalau tak pandai buat tak payah berkerja! Hahahahaha."

Sedang asyik dia melakonkan watak bos nya itu dia tidak sedar ada seseorang memerhati kan dia.

"Jangan sesiapa berani ganggu aku, aku sibuk cakap dengan yang lain faham?"

"Kau ni dah besar buat kerja pun lembap buat cepat sikit tak boleh?"

Sekali lagi Qaisara menghamburkan ketawa nya.

"Ehem!"

Qaisara tersentak mendengar deheman itu dengan perlahan-lahan dia memusingkan kerusi itu kehadapan. Dia bangun dari duduknya dan tersenyum senget.

"S-Selamat pagi Tuan Vincent."

Ujar nya dan menunduk hormat.

Daren menghampiri Qaisara dia menolak badan Qaisara dan melabuhkan punggungnya di kerusi. Dia membuka kaca mata hitam nya dan memandang tepat ke mata Qaisara. Qaisara mula takut dengan pandangan yang menyeramkan dari bos nya.

"Puas dah berangan jadi aku?"

Qaisara diam seribu batu.

"Meja kau dekat sebelah aku, aku memang tak nak bagi kau duduk bilik lain nanti nak panggil susah." Ujar nya mendatar.

Qaisara menganggukkan kepalanya dan mengorak langkah menuju ke sisi kiri Daren yang terletak meja sederhana besar itu.

"Tuan Vincent nak kopi? Saya boleh buatkan?"

Daren hanya menganggukkan saja kepala nya. Qaisara mengukirkan senyuman lebar.

"Wait a minute okay!" Ujar nya riang dan laju saja kakinya keluar dari bilik pejabat Daren.

꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒷꒦꒷꒦꒷

Qaisara sedang leka membuat air kopi untuk Encik Bos nya sambil bernyanyi kecil tiba-tiba ada satu suara menyapa dia.

"Hey orang baru."

Qaisara memandang gerangan suara tersebut lalu tersenyum.

"Ah ye awak nak air juga ke? Saya boleh buat kan?" Soal Qaisara lembut.

Dia menjeling Qaisara lalu berpeluk tubuh.

"Aku Camelia Elena."

"Ouh saya Qaisara Irdina."

Qaisara menghulurkan tangan kepada Camelia tetapi Camelia tidak melayan. Senyuman Qaisara mati lalu menurunkan tangan nya.

"Aku nak bagi amaran dekat kau. Kau sebagai pekerja buat cara bekerja ea jangan nak menggatal dengan bos kau sendiri pula." Ujar Camelia dengan membuat reaksi menyampah terhadap Qaisara.

"Lah saya datang sini memang nak bekerja pun, kalau Tuan Vincent tu dah jatuh hati dekat saya nak buat macam mana mungkin dah jodoh saya." Qaisara berpaling lalu sambung membancuh kopi.

Camelia memandang geram terhadap Qaisara lalu dia menolak Qaisara kasar pergelangan tangan nya terkena cerik yang masih panas itu, dia berdecit kecil dan menggigit bibir bawahnya menahan kesakitan.

Mrs.TENGKU DAREN VINCENT | ON HOLDWhere stories live. Discover now