Seawal jam 8 pagi lagi Daren sudah berada di dalam bilik pejabatnya. Ingatan nya masih segar dengan apa yang Qaisara cerita selepas dia terpandang lengan gebu Qaisara ada kesan lebam. Kebencian di hatinya kemuncak sekali apabila Qaisara menyebut nama yang tidak disukai olehya.
"Yeay!!! Home sweet home!" Ujar Qaisara dan tanpa menunggu lama dia terus masuk ke dalam rumah tanpa menunggu Daren. Daren hanya tersenyum kecil dengan gelagatnya.
Selepas saja mandi, Daren melihat Qaisara khusyuk sekali dengan iPad nya, Daren mengesat rambutnya yang basah itu dengan tuala kecil yang tersangkut di leher. Dia hanya mengenakan baju tanpa lengan berwarna hitam dan juga seluar paras lutut berwarna hitam lalu terus menghampiri Qaisara yang sedang duduk di atas katil.
"Amboi! Dah mula main game tak nampak aku ya Sweetie?" Ujar Daren dan mencuit manja hidung Qaisara.
Qaisara memandang Daren sekilas dan hanya menayang sebaris gigi hadapan nya. Daren hanya tersenyum kecil dengan gelagat budak kecil itu dan dia terpandang lengan kiri Qaisara yang mempunyai kesan lebam berkerut dahi nya sehingga keningnya tercantum. Dia terus mengangkat tangan kiri Qaisara. Qaisara berdecit kecil apabila kesan lebam itu mula berdenyut.
"Who did this Sweetie?" Soal Daren dan mata helangnya memandang tepat ke arah mata Qaisara.
Qaisara terkaku. Dia cuba menelan air liur nya yang terasa pahit ketika melihat muka Daren yang sudah berang itu.
"S-Saya terlanggar barang tadi time ja-"
"Kau bohong." Ujar Daren.
Qaisara diam.
"Sayang, please answer me. Who did this?" Ujar Daren dan mengangkat muka Qaisara untuk memandangnya.
"Kau tahukan aku paling tak suka kalau time aku bercakap orang tu tak pandang muka aku. Now I need your answer." Ujar nya lagi.
Sekali lagi Qaisara cuba menelan air liur nya yang perit untuk ditelan.
"N-Nadia."
Bunga-bunga kemarahan yang mulai membenih di wajahnya jelas kelihatan apabila Qaisara menyebut nama wanita itu. Jika ikutkan hatinya, dia mahu saja gerak ke rumah gerangan itu malam itu juga namun dia tahan, dia tidak mahu ikutkan api kemarahannya.
"Now tell me the whole story, I need to know right now." Ujar Daren dengan menahan marah.
Hati Daren bagai disiat-siat apabila mendengar apa yang Qaisara ceritakan itu dan tanpa sedar pen yang dipegang olehnya sudah terbelah dua akibat dia pegang terlampau kuat.
"Crack!"
Daren tersedar ke alam nyata apabila bunyi pen terbelah itu kedengaran di gegendang telinganya, dia terus mencampak pen itu ke dalam tong sampah dan mengambil iPhone nya lalu mendail nombor telefon seseorang.
Tut! Tut!
"I want to see you during lunch hour, I will give you location."
Daren terus matikan panggilan nya, dia menyandarkan badan belakangnya di dada kerusi dan melepaskan keluhan. Matanya terpejam buat seketika.
Ting!
Daren dengan laju mengambil iPhone nya dan membaca pesanan Whatsapp
Sweetie❤️
Sorry about last night, saya ada masak untuk lunch nanti jangan lupa balik okay. Aye windu🥺
Daren tersenyum kecil membaca pesanan Whatsapp itu dan dengan laju saja jarinya menyentuh skrin.
YOU ARE READING
Mrs.TENGKU DAREN VINCENT | ON HOLD
Romance[S L O W U P D A T E] 𝕶𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖐𝖊𝖙𝖎𝖌𝖆 Bacaan untuk 16+ "Kau janji dengan aku jangan tinggalkan aku." - Daren Vincent "Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya." - Qaisara Irdina "Te Amo sweetie." - Daren Vincent (I WRITE THIS STORY JUST F...