13

526 72 74
                                    

Dua bulan sudah berlalu perkahwinan yang didirikan oleh mereka berdua dan sepanjang dua bulan itu juga mereka berdua bahagia dan tiada sebarang gangguan dalam rumah tangga mereka.

Qaisara masuk ke dalam bilik pejabat Daren dengan membawa masuk secawan Americano. Qaisara melihat Daren khusyuk sekali menghadap skrin laptop nya bibir Qaisara terukir senyuman kecil.

Dia meletakkan cawan itu di atas meja Daren dan baru saja dia hendak melangkah pergi dengan pantas Daren menarik tangan Qaisara sehinggakan Qaisara terduduk di atas riba Daren.

"Amboi mentang mentang dah jadi Mrs. Tengku Daren Vincent dia biarkan je suami dia sorang sorang dekat sini." Ujar Daren lalu jari telunjuk nya mencuit manja puncak hidung Qaisara.

Qaisara tersengih dan memeluk leher Daren dengan erat.

"Dah saya tak ada buat kerja, saya jadi peronda saja lah lagi pun sejak saya kerja sini saya bukan nya tahu sangat pun selok belok syarikat suami saya yang besar ni." Jawab Qaisara.

Daren tersenyum kecil mendengar omongan Qaisara lalu dia merapatkan kerusi nya ke meja sedikit dan mengambil cawan kopi Americano itu dan mencicip perlahan air tersebut.

"Sedap tak?" Soal Qaisara.

"Dah kalau isteri yang buatkan apa-apa pun sedap." Puji Daren.

Muncung sedepa Qaisara apabila Daren memuji nya. Daren tertawa kecil melihat muncung Qaisara itu mata mereka berdua bertentangan. Daren memeluk pinggang Qaisara erat baru saja dia hendak mendaratkan bibir nya di bibir Qaisara pintu bilik pejabat nya diketuk daripada luar.

Daren mendengus geram, dia memejamkan mata nya seketika. Qaisara tertawa kecil melihat wajah Daren memerah menahan geram.

"Awak pun satu kan kita masih berkerja."

Qaisara bangun daripada duduk di atas riba Daren dan menapak langkah ke meja nya di sebelah Daren. Daren mengemaskan sedikit pakaian nya dan kembali menatap skrin laptop.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Masuk!" Ujar Daren.

Mata Daren dan Qaisara memandang gerangan yang masuk ke dalam bilik pejabat Daren.

"Maafkan saya Tuan, ada orang nak jumpa Tuan kata nya special visitor."

Berkerut dahi Daren mendengar ayat terakhir yang terkeluar daripada mulut pekerja nya.

"Dia ada buat appointment ke nak jumpa aku?" Soal Daren.

"Itulah Tuan Daren, saya tengok dalam jadual Tuan harini tak ada pula appointment daripada special visitor tu." Jawab tenang dan mata nya menatap skrin tablet yang berada di tangan nya.

Mata Daren dan Qaisara menatap sekilas Daren berdehem kecil dan pandangannya dialihkan memandang pekerja yang berada di hadapan nya.

"Tak apa lah, suruh dia masuk. Dia dekat mana sekarang?" Soal Daren.

"Dia dekat lobi Tuan."

Daren mengangguk kepala.

"Kau panggil dia suruh dia naik jumpa aku dekat sini."

"Baik Tuan, saya pergi dulu."

Qaisara melihat saja pekerja itu pergi sehingga pintu bilik pejabat Daren tertutup.

"Sweetie?"

Qaisara tersentak apabila tangan kasar Daren memegang tangan nya.

"Hmmm?"

"Termenung apa tu?" Soal Daren.

Qaisara menguntumkan senyuman kecil seraya menggeleng kepala. Daren memandang wajah Qaisara dan menguntumkan senyuman manis.

Mrs.TENGKU DAREN VINCENT | ON HOLDWhere stories live. Discover now