4

558 69 23
                                    

Pada pagi ini, Qaisara pergi ke tempat kerja nya dengan menaiki grab kerana dia beritahu Encik Qhalid yang dia tidak mahu menyusahkan Encik Qhalid dan Encik Qhalid akur saja lah dengan Qaisara.

"Terima kasih encik, simpan saja baki nya ya saya pergi dulu."

Laju saja kaki nya berlari masuk ke dalam syarikat dan mengimbas kad nya. Dia berlari menuju ke lift dia memainkan jari jemarinya untuk menghilangkan gementar, dia mengerling ke arah jam tangan nya jam menunjukkan pukul 8:30 minit pagi lagi lah dia gementar.

"Aish, disebabkan makan ubat semalam lah aku terbangun lewat aduh macam mana ni."

Hati nya semakin gusar dia dapat membayangkan wajah bengis Encik Boss nya.

"Bam!"

Tangan sasa itu menghentak meja dengan kuat sekali.

"Kenapa kau lambat? Aku dah cakap kan kau kena datang sebelum aku datang!"

"Ting!"

Qaisara tersentak dari lamunan nya. Dia menghelas nafas perlahan dan mengurut dada nya.

"Lah aku berangan rupanya."

Dia berjalan keluar daripada lift dengan lagak biasa tapi dalam hati dia belum bersedia mahu melihat wajah bengis Encik Boss nya.

Tiba di depan pintu bilik pejabat Daren, dia berdiri statik.

"Okay Qaisara jangan takut, dia nak maki hamun kau maki lah okay, jom masuk."

Dia menghela nafasnya dan mengetuk pintu bilik pejabat. Dia menguak sedikit pintu itu dan melihat Daren sedang fokus menghadap laptop dengan perlahan-lahan dia masuk ke dalam bilik pejabat.

"Kau tahu tak sekarang dah pukul berapa?"

Qaisara menggigit bibir bawah nya perlahan-lahan dia memusingkan badan menghadap Daren dia masih statik berdiri di hadapan pintu. Daren memandang Qaisara yang sudah gundah gulana itu dan mata nya tertancap pada pergelangan kiri Qaisara yang berbalut.

"Kenapa tu?"

Qaisara memandang Daren yang riak wajah nya sekarang memang mahu lari saja, umi takut!!!!

"K-Kenapa apa Tuan?"

"Sini." Ujar Daren series.

Dengan perlahan-lahan kaki nya menapak menghampiri Daren, Qaisara betul betul berada di sisi kanan Daren. Daren mengangkat tangan kiri Qaisara yang berbalut itu Qaisara tersentak.

"Ni? Kenapa?"

Qaisara masih menundukkan wajah nya, dia masih takut untuk memandang muka Daren yang seperti harimau itu sudah jadi macam Camelia pula.

"Qaisara Irdina, bila aku bercakap dengan kau tolong pandang aku." Nada Daren mula bergetar menahan amarah dengan perlahan-lahan Qaisara mengangkat mukanya memandang Daren.

Ya, betul betul menakutkan muka Daren ni mahu lari saja nasib baiklah boss.

"Aku tanya sekali lagi. Kenapa tangan kau berbalut?" Kini dia mula mengawal nada nya.

"Em m-malam tadi.."

"Malam tadi?"

"Tangan saya terkena air panas."

Sudah dua kali dia menipu haih Qaisara, Qaisara.

Daren menatap mata Qaisara dengan tajam sekali, Qaisara menundukkan wajahnya takut mahu memandang Daren.

Daren melepaskan tangan Qaisara dia kembali memandang laptop.

"Dah duduk."

Qaisara akur saja dengan perintah Encik Boss.

Mrs.TENGKU DAREN VINCENT | ON HOLDWhere stories live. Discover now