Malam telah menyerkup selimut hitam nya ke seluruh kota. Camelia duduk sendirian di balkoni. Dia langsung tidak menghiraukan angin malam yang sejuk itu menyapa kulit badan nya. Fikiran nya melayang apabila teringat kejadian makan malam di rumah keluarga Dato' Mior Emir. Dia mengeluh kecil dan melihat saja skrin telefon nya yang gelap itu.
"I need someone who can talk to me right now, but who?" Soal nya sendirian.
Camelia menyandarkan badan belakangnya pada dinding balkoni itu dia mendongakkan kepala nya menghadap langit yang gelap tanpa dihiasi bintang itu dan mengeluh kecil.
"Blank same with my mind right now. What should I do? I love him but at the same time I don't want to ruin his first family."
Camelia memejam mata nya seketika. Angin malam yang sejuk itu membuatkan Camelia terbuai seketika dan fikiran nya yang kusut itu mengikut sekali angin yang berlalu pergi. Camelia membuka matanya perlahan dan bibir nya tersenyum kecil.
"Aku rasa aku tahu nak cari siapa, lagi pun dah lama kita tak contact. Aku harap dia belum tidur lah."
Camelia mengetik skrin iPhone nya dan menekan ikon kenalan dan mencari kenalan yang dia katakan tadi. Tanpa aba-aba dia terus menekan kenalan itu dan menunggu gerangan sebelah sana menjawab panggilan darinya.
Deringan telefon Qaisara yang kuat itu membuat Daren terjaga dari tidurnya. Dua kali telefon Qaisara berdering tetapi Qaisara langsung tidak terjaga malah nyenyak dia tidur dalam pelukan Daren.
Daren mendengus kecil dan perlahan-lahan meletakkan kepala Qaisara yang tadi tidur di lengan sasa nya itu di bantal. Dia bangun perlahan-lahan dan menuju ke meja sisi katil Qaisara. Dia mengambil iPhone milik Qaisara dan skrin memaparkan dua panggilan tidak terjawab. Berkerut keningnya apabila melihat nama itu. Sekali lagi nama itu tertera di skrin iPhone Qaisara. Daren menuju ke pintu balkoni dan terus keluar ke balkoni.
"Nak apa lah minah ni call isteri aku malam malam buta." Omel Daren.
Daren menyeret jari nya di ikon hijau dan bersuara.
"Hello?"
"Oh mak kau!" Latah gerangan dalam panggilan itu.
"Kau nak apa call malam malam ni?" Soal Daren.
Camelia terkejut apabila suara besar yang menjawab panggilan nya. Jantungnya berdegup laju apabila mendengar suara tersebut.
"Qaisara? K-Kau ke tu? Apa pasal suara kau ni garau sangat." Ujar nya polos.
"Tch! Ni aku lah Daren. Sara tidur." Ujar nya dalam panggilan.
Mata Camelia membulat kecil dan ketawa janggal. Dia membetulkan kotak suaranya dan berdehem kecil.
"Erm sorry lah aku kacau kau malam malam ni. A-aku cuma need someone to talk je." Ujar Camelia.
"Asal?" Soal Daren.
Camelia senyap seketika. Mulutnya bagai terkunci apabila Daren bersuara. Dia mahukan Qaisara tetapi lain pula yang dia dapat.
Daren mengeluh kecil apabila Camelia mendiamkan diri dalam panggilan. Dia menyandarkan badan belakangnya pada dinding balkoni.
"Tak apalah Mel, kalau kau nak share masalah kau share jelah. Aku dah maafkan kau, tak payah lah takut dengan aku lagi." Ujar Daren.
Tak lama itu, Daren mendengar tangisan kecil dalam panggilan. Daren rasa kasihan dia membiarkan saja Camelia menangis.
"Tsk tsk, kenapa kau masih nak buat baik dekat aku Ren? Aku dah banyak buat salah dekat kau Ren. Aku rasa malu sangat sangat, aku lagi rasa malu bila kau dapat tahu aku bercinta dengan bapa kepada bekas kekasih kau dulu Ren. A-Aku rasa bersalah sangat sangat dekat kau Ren."
Ren melepaskan keluhan kecil, dia cuba mencari ayat yang sesuai untuk memujuk Camelia. Dia diam seketika dan bersuara.
"Aku dah lama maafkan kau Mel. Lagipun, kita kan saudara aku tak nak bermusuh dengan keluarga sendiri walaupun dah macam macam dugaan yang jadi dalam family aku. Tapi aku tahu, kau bukan sengaja buat macam ni Mel. Ni semua paksaan dari mommy kau kan? Aku faham Mel."
Semakin esak tangisan nya apabila Daren sudah tahu kebenaran nya. Secara jujurnya, selepas saja bapa Camelia meninggal emaknya hanya mengejar harta saja tanpa memikirkan perasaan Camelia.
"Kalau kau nak menangis, menangislah. Kalau dah ready nak cerita baru kau cerita, tapi jangan lah lama sangat menangis tu aku nak tidur ni, kesian isteri aku tak ada siapa peluk dia." Ujar Daren.
Dan tanpa sengaja, ayat yang dibacarakan oleh Daren itu membuatkan Camelia tertawa kecil.
Camelia mengesat air matanya dan menarik nafas dalam dalam lalu menghembus perlahan-lahan. Camelia berdehem kecil dan bersuara.
"Aku dah pergi dinner rumah family Emir and everything was boom!"
"Kenapa rumah dia dah roboh ke?" Soal Daren sengaja.
Camelia tertawa kecil.
"Hampir I think, dan aku rasa aku macam nak batalkan niat aku kahwin dengan Emir."
"Seriously? Kau tahu kan kau sendiri yang cakap kau sayang dekat dia. Haih Mel kau tak payah lah kisah pasal aku, aku dah lama maafkan keluarga dia tapi aku tak akan sesekali berbaik dengan dia orang itu je. Dah itu memang takdir kau dengan dia, aku tak boleh halang. Aku siapa nak halang kau untuk cari kebahagiaan kau sendiri. Aku tahu, kau dah kena buang dengan mak kau sendiri, tak apalah mungkin dengan perkahwinan ni kau boleh ubah hidup kau jadi lebih bahagia daripada sebelum ni aku terima je." Jelas Daren.
Camelia tersenyum kecil apabila mendengar bicara panjang Daren.
"Aku tak sangka kau betul betul matang dalam buat keputusan Ren. Walapun kau tahu aku in relay dengan orang yang kau tak suka but kau still-"
"Ini bukan sebab matang ke tak matang Mel. Aku dah macam macam benda terjadi dekat family aku dan dekat diri aku sendiri. Aku tak nak kau kena macam aku kena, jadi kau fikir lah baik baik, selagi kau hidup kau buat lah apa kau nak dekat muka bumi ni Mel. Masa muda aku dah hancur Mel, masa muda aku banyak habis dekat hospital dengan ubat. Aku dah tak nak rasa semua tu dah Mel, aku dah serik. Bukan senang nak kawal, bukan senang untuk aku lupakan apa yang jadi dekat diri aku dengan family aku."
Mereka berdua diam seketika. Kesepian di antara mereka berdua itu mencengkam perasaa. Angin tengah malam yang sejuk itu semakin menderu menyapa mereka berdua. Daren mengeluh kecil.
"Tak apalah Mel, mulai sekarang kau tak payah lah nak malu malu share masalah kau dekat family aku. Jujur aku cakap, aku langsung tak ada dendam dekat kau. Aku bukan dendam dekat kau, aku cuma dendam dekat adik beradik papa aku sendiri." Jujur Daren.
"Haih, aku minta maaf Ren, aku betul betul malu dengan apa yang mommy dah buat dekat family kau, aku dah tak boleh nak berhentikan perbuatan dia sebab dia terlampau obses dengan harta." Jujur Camelia pula.
"It's okay, lambat laun dia akan sedar juga Mel. Eh! Haa kau tak habis lagi cerita pasal dinner kat rumah boyfriend kau tu, cerita lah cepat aku nak dengar. Mana tahu mak Nad tu bertukar jadi Mamazilla ke?" Daren bertukar topik.
Camelia tertawa mendengar bicara Daren dari telefon. Tanpa dia sedar, Dato' Emir sedang memerhati dia beborak bersama Daren dia telah mendengar segala-galanya kerana Camelia membuat panggilan itu dengan pembesar suara. Dato' Emir tersenyum melihat Camelia bercerita sambil tertawa pada malam itu.
"I'm promise honey, I will make you happy. Daren, I janji dengan diri I. I akan jaga Camelia baik-baik." Ujar Dato' Emir dalam hati.
Dato' Emir membiarkan Camelia bercerita dengan Daren lalu dia keluar daripada bilik Camelia.
YOU ARE READING
Mrs.TENGKU DAREN VINCENT | ON HOLD
Romance[S L O W U P D A T E] 𝕶𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖐𝖊𝖙𝖎𝖌𝖆 Bacaan untuk 16+ "Kau janji dengan aku jangan tinggalkan aku." - Daren Vincent "Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya." - Qaisara Irdina "Te Amo sweetie." - Daren Vincent (I WRITE THIS STORY JUST F...