Qaisara yang baru keluar daripada bilik air itu melihat saja Daren sedang bersandar di kepala katil dan kaki nya melangkah naik ke atas katil lalu dia terus memeluk Daren. Daren yang asyik menatap skrin telefon itu langsung saja memandang Qaisara, dia menguntumkan senyuman dan memeluk Qaisara. Dia mengucup ubun-ubun Qaisara dan sambung menatap skrin telefon.
Qaisara memejamkan matanya dan muka diletakkan pada bidang dada Daren itu, bibir nya menguntumkan senyuman apabila dapat hidu bauan maskulin milik suami kesayangannya. Sedang Daren menatap skrin telefon, tiba-tiba telefon nya berdering. Tanpa membuang masa, Daren terus mengangkat panggilan tersebut.
"Hello."
Haa! Cerai?!" Daren terus berdiri daripada katil itu, Qaisara terkejut mendengar Daren menjerit perkataan cerai itu.
"Okay, okay. Ren dengan Sara datang sana juga."
Qaisara yang masih bingung itu dia melihat saja Daren yang sedang cemas itu, Daren memandang Qaisara yang masih lagi tercegat di atas katil itu dan bersuara.
"Sweetie cepat bersiap, kita kena pergi rumah papa sekarang."
Qaisara mengikuti saja Daren yang menuju ke bilik almari pakaian itu dan bersuara.
"Dah tengah malam ni kenapa Dear, siapa cerai?" Soal Qaisara polos.
Daren mengenakan kemeja berwarna hitam di badan dan memandang Qaisara.
"We don't have time, cepat bersiap."
Daren terus keluar dari bilik almari pakaian itu dan Qaisara masih lagi dalam kebingungan. Dia mencapai oversized hoodie dan terus memakai nya. Qaisara keluar daripada bilik almari pakaian itu, melihat Daren sedang menatap skrin telefon nya. Daren mencapai beg tangan Qaisara yang terletak pada meja solek lalu menghampiri Qaisara dan memimpin tangan Qaisara. Qaisara yang masih dalam keadaan kebingungan itu mengikut saja langkah Daren.
Daren tiba saja di rumah orang tua nya, dia melihat Camelia juga ada disitu. Daren menghampiri orang tua nya untuk bersalam diikuti Qaisara. Daren melihat saja Camelia yang sedang duduk dengan kepalanya tunduk menghadap lantai. Daren melepaskan keluhan kecil, Qaisara yang masih dalam kebingungan itu dia juga turut mengeluh.
"Kenapa semua senyap je ni? Siapa yang cerai? Seram sejuk pula tengok diaorang ni senyap." Getus hati Qaisara.
"Mel is it true?" Soal Daren.
Camelia mengangguk lemah. Tengku Danial, Tengku Derina dan juga Daren, mereka bertiga melepaskan keluhan apabila melihat Camelia. Camelia mengangkat kepala nya memandang keempat-empat figura yang berada di hadapan nya.
"D-Daren what should I do right now? I-I'm totally lost, I-I..-"
Belum dapat Camelia menghabiskan percakapan nya dia air matanya sudah membasahi pipi. Qaisara yang melihat Camelia menangis itu dia terus menghampiri Camelia dan memeluk Camelia disitu juga tangisan Camelia pecah.
"So sekarang ni Emir dekat mana?" Soal Tengku Danial.
Camelia meleraikan pelukan Qaisara, dia memandang Tengku Danial.
"I-I tak tahu, lepas je dia kata dia ceraikan his wife dia terus keluar tanpa beritahu dekat I." Terang Camelia.
Qaisara terkejut mendengar bicara Camelia. Dia cuba mengawal reaksi muka nya.
"Ouh.... Patut lah Daren terkejut sangat rupanya ayah Nadia dah bercerai." Getus hati Qaisara lagi.
"Tak apa, kita bagi Emir masa mesti dia tengah serabut dengan apa yang tengah jadi sekarang." Ujar Tengku Danial.
"Salah I uncle, I yang paksa Emir untuk kahwin dengan I, kalau I tak paksa dia mesti benda macam ni takkan jadi. I minta maaf uncle, I dah menyusahkan you, I dah menyusahkan keluarga you. I rasa bersalah dengan apa yang I buat selama ni." Tangisan Camelia pecah sekali lagi.
Qaisara yang berada di sebelah nya itu mengusap badan belakang Camelia.
꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒷꒦꒷꒦꒷
Pada waktu tengah malam itu juga, titik-titik hujan bertali temali telah turun dari langit diikuti bersama petir memancar disusuli bunyi guruh yang menakutkan. Anggun Melina Alisha duduk termangu di atas katil. Fikiran nya kosong, dia menatap pintu kaca balkoni itu dengan titisan air mata jatuh tumpa ke pipi.
Di fikiran nya hanya ada suara Dato' Emir yang melafazkan talak terhadapnya secara berulang ulang kali suara itu dimainkan di dalam fikiran nya.
"Anggun Melina Alisha, aku ceraikan engkau dengan talak 1."
Terus saja tangisan Anggun Melina pecah selepas suara Dato' Emir itu berulang kali bermain di kotak fikirn nya. Dia menangis sekuat hati nya, sehingga boleh melawan dentuman kilat yang berada di luar itu. Nadia yang berada di luar pintu bilik emak nya itu berasa kasihan apabila mendengar emak nya menangis, dengan tidak semena air mata nya juga turut mengalir membasahi pipi.
Dia menggepal buku lima nya, mata nya kemerahan dengan penuh dendam, rahangnya bergerak gerak menahan kemarahan yang membuak di hatinya.
"Camelia, kau tunggu saja lah. Kau dapat rampas kebahagiaan keluarga aku, jangan harap kau dapat hidup dengan tenang!" Getus hati nya dengan perasaan dendam.
꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒦꒷꒷꒦꒷꒦꒷
Dato' Emir meletakkan kepala nya di stereng kereta. Sayup dan pilu menghambat perasaan nya, terbit kesal di hati nya selepas apa yang berlaku tadi, tetapi dia tiada pilihan kerana isteri dan anak nya telah membuat dia kecewa sehingga dia terpaksa melepaskan Anggun Melina. Setelah dia memikirkan perkara tadi, titisan air jernih jatuh berguguran dari sudut matanya.
Dia mengangkat kepala nya dan disandarkan pada kusyen kereta, dia membiarkan saja air mata nya jatuh dengan deras dengan melayani perasaan nya yang sedang berkecamuk itu.
"You yang paksa I lafazkan perkataan tu Melina, you dah buat I tawar hati dengan you walaupun I tak nak berpisah dengan you, I masih sayangkan keluarga I sebab you cinta pertama I tapi I tak dapat terima dengan apa yang you dah buat dengan tanpa kebenaran I. I lepaskan you sebab I sayangkan you dan I harap kita dapat cari kebahagiaan masing-masing." Ujar nya dalam hati.
Hujan lebat yang membasahi kereta nya itu langsung dia tidak hiraukan, dia meluahkan perasaan kecewa yang terbuku di hati itu dengan menangis sepuas-puas nya. Dia menangis sehingga tersedu sendan, hatinya pecah seribu apabila wajah Anggun Melina menerjah masuk ke dalam fikiran nya. Dia tidak dapat mengawal tangisan nya dan terus menangis sehingga dia berasa lega dan tanpa dia sedar dia tertidur semasa dia sedang menangis. Bunyi kilat dan petir itu langsung tidak mengganggu lena nya dan pada malam itu Dato' Emir bermalam di kereta nya walaupun di luar hujan sedang turun dengan lebat disusuli kilat dan petir.
YOU ARE READING
Mrs.TENGKU DAREN VINCENT | ON HOLD
Romance[S L O W U P D A T E] 𝕶𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖐𝖊𝖙𝖎𝖌𝖆 Bacaan untuk 16+ "Kau janji dengan aku jangan tinggalkan aku." - Daren Vincent "Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya." - Qaisara Irdina "Te Amo sweetie." - Daren Vincent (I WRITE THIS STORY JUST F...