Daren terjaga dari tidur nya, sungguh berat mata nya mahu dibuka. Daren menghembus nafas perlahan dan perlahan-lahan mata nya dibuka lalu badan belakang disandarkan pada kepala katil.
Diusap perlahan tengkuk dan merenggang kan sedikit otot otot nya. Pandangan nya dialihkan memandang Qaisara yang sedang tidur nyenyak terukir senyuman manis di bibir nya apabila teringat kejadian malam bersama mereka.
Comforter tebal di atas badan mereka berdua itu ditarik bagi menutupi bahu Qaisara yang terdedah. Daren mengelus lembat pipi Qaisara dan mencium bibir Qaisara sekilas.
"Thanks sweetie." Gumam nya perlahan.
Daren menatap wajah tidur Qaisara dan mengucup dahi Qaisara lama. Kaki nya dikeluarkan daripada comforter. Mengutip pakaian miliknya di atas lantai itu dicapai dan terus disarung lalu terus menuju ke bilik air.
Usai saja membersihkan diri, Daren menuju ke perabot sisi katil dan mencapai iPhone nya dia menekan button home dan melihat di skrin jam menunjukkan jam 5:00 pagi. Diletakkan semula iPhone nya di atas perabot dan kaki nya melangkah ke wardrobe room dan mengambil pakaian nya.
Daren keluar daripada wardrobe room dengan memakai seluar pendek paras lutut dan t-shirt berwarna putih. Daren menghampiri Qaisara tidur nyenyak dan duduk di birai katil menghadap muka tidur Qaisara.
"Sweetie? Bangun sayang."
Melihat tiada respons dari Qaisara, Daren memegang pipi gebu Qaisara dan mengusap lembut pipi nya.
"Sweetie."
Kening Qaisara berkerut apabila tidur nya diganggu. Qaisara merengek kecil, Daren tertawa kecil perlahan.
"Sweetie, bangun sebelum azan subuh cepat sayang." Lembut nada Daren.
Qaisara merengek sekali lagi semakin berkerut keningnya apabila tangan kasar Daren dari tadi mengusap pipi nya.
"Awak nantilah, bagi saya 5 minit." Rengek Qaisara.
Daren tersenyum kecil dia mengusap kepala Qaisara dan sekali lagi dia cuba mengejutkan Qaisara.
"Bangun sweetie, pergi mandi."
Qaisara menggosok mata nya yang masih terpejam dan terus bangun dari baring nya, badan belakang disandarkan pada kepala katil. Seperti biasa, Qaisara akan mendepakan tanga nya untuk diminta peluk, Daren tertawa kecil lalu dia terus memeluk Qaisara.
Qaisara menyebamkan muka nya pada bidang dada Daren dan terukir senyuman kecil di bibirnya apabila bau badan maskulin milik Daren.
"Sweetie."
"Hmmm?"
"Kau nak sambung pasal malam tadi ke hmmm?"
Qaisara diam sejenak, dia cuba memproses bait bicara Daren dan selang berapa minit dia tersedar yang diri nya hanya dibalut dengan comforter tebal itu saja dan cepat cepat dia meleraikan pelukan dan menutup dada dengan comforter yang hampir terlorot.
Membahang wajah Qaisara apabila melihat Daren mengherot senyuman nakal di bibir.
"I like when you scream my name again, again and again maybe we can do again later or-"
Sengaja ayat itu digantung, semakin kencang degupan jantung Qaisara. Dia malu apabila teringat kejadian malam tadi. Perlahan-lahan Daren mendekat diri nya ke arah Qaisara yang bersandar di kepala katil, degupan jantung Qaisara semakin laju apabila hidung mereka mula berlaga.
Qaisara mengalihkan muka nya daripada memandang Daren, digenggam erat comforter tebal yang menutupi dada.
"A-Awak jangan lah." Bergetar suara Qaisara, degupan jantung nya juga langsung tidak beri kerjasama.
YOU ARE READING
Mrs.TENGKU DAREN VINCENT | ON HOLD
Romance[S L O W U P D A T E] 𝕶𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖐𝖊𝖙𝖎𝖌𝖆 Bacaan untuk 16+ "Kau janji dengan aku jangan tinggalkan aku." - Daren Vincent "Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya." - Qaisara Irdina "Te Amo sweetie." - Daren Vincent (I WRITE THIS STORY JUST F...