01

71 9 0
                                    

Airin balik ke rumah mengikut Norisya dari belakang. Airin terus melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Haa lepas tu duduk ke? Gi mandi dulu. Kamu tu baru lepas tengok mayat" tegur Norisya.

Pantas Airin mengangkat punggungnya lalu masuk ke bilik. Dia menutup pintu penuh beradab.

Ya, beradab.

Kalau ikutkan hati, nak je aku hempas pintu ni! Airin mencangkung perlahan. Air matanya merembes keluar. Mereka baru sahaja balik dari majlis pengebumian arwah ayahnya.

Ayah terkena serangan jantung apabila mengetahui Norisya mengandung dan anak yang dikandungnya itu ialah anak luar nikah. Hidup Airin bagaikan kelabu sejak ibunya meninggal dunia pada awal tahun.

Kini dia sebatang kara di rumah ini. Kesah apa aku ngan pelacur tu? Dia bukan kakak aku! Dia tu bab1. Ayah dan ibu je yang silap pelihara binatang di rumah ni.

"HESYYY HIDUNG KAU BESARLAH, BAB1!!" jerit Airin sekuat hatinya. Puas hati aku! Kesah apa kalau dia dengar?

Pintu tertolak kasar dari belakang. Airin tersorong sedikit ke hadapan. Muncul wajah berang Norisya di hadapan Airin.

"Kau dah kenapa jerit jerit?"

Airin berdiri perlahan menghadap kakaknya itu.

"Kau nangis ke?" tanya Norisya dingin. "Aku suruh kau gi mandi en. Tak ke buang mas-"

"HAHAHAHH. Aku ketawa lah haaaKAK! Aku ke-ta-wa" potong Airin.

"Kau tengah main mainkan aku ke ni?"

Airin menghempas-hempas lampu tidurnya sehingga pecah berkecai. "AHHHHH"

Pantas Norisya mendapatkan Airin yang semakin menggila. Dia menggenggam erat tangan Airin yang berdarah akibat serpihan kaca lampu tadi.

"JANGAN SENTUH AKU LAH, BAB1!" jerit Airin.

Terbuntang mata Norisya oleh sikap adiknya itu. "Kau jangan nak kurang ajar. Ayah pernah ajar kau camtu ke?!" balas Norisya.

Pantas Airin mengangkat tangan, namun Norisya lebih pantas menangkap tangan Airin daripada menyentuh pipinya.

Airin melepaskan lengannya kasar daripada cengkaman Norisya. "Kau tak layak nak cakap fasal ayah! Ayah pernah ajar ke kau keluar ngan lelaki? Sebab kau lah ayah sakit. Kau tahu ke ayah mati sebab ka-"

Pakk!!

Airin terduduk akibat tamparan kuat daripada Norisya. Dia dapat rasakan denyutan pada pipinya. Sakit itu bukan sahaja pada pipinya tetapi juga pada hatinya.

Airin mula berdiri perlahan-lahan. Tanpa memandang langsung wajah kakaknya, Airin pantas mendapatkan bagasi lalu menyumbat semua pakaian dari almari ke dalamnya.

"Airin" panggil Norisya.

Airin enggan menjawab. Tangannya pantas menyumbat barang-barangnya ke dalam bagasi.

"Ai-"

"Nak ape lagi? Kau nak tampar aku sekali lagi ke?" jawab Airin tanpa memandang Norisya.

"Kau tengah buat ape ni?"

"Lahhh buta ke? Baguslah macam tu. Aku pun nak membuta dari tengok kau" Airin menzip beg bagasinya setelah selesai mengambil barang-barang yang dirasakan penting.

Airin melihat sekilas ke baju yang sedang dikenakannya. Long sleeve stripped blouse yang dihadiahkan oleh Norisya sempena hari lahirnya itu pantas dibuka menampakkan baju dalamnya. Dia mencari baju-baju lain dari almarinya lalu dia mencapai sehelai t-shirt dan mengenakannya pada tubuh.

"Kau tinggallah sorang sorang dalam rumah yang berhantu ni" kata Airin sambil berjalan keluar.

[C] friENDSWhere stories live. Discover now