Norisya menyinggah sebuah restoran berhampiran untuk melunas craving. Dia mahu jamah ayam penyet hari ini. Semasa sedang menunggu pesanan sampai, Norisya terserempak Batrisya yang turut menyinggah di restoran tersebut.
Batrisya nampak bersendirian ketika itu jadi Norisya memanggil Batrisya untuk duduk semeja dengannya.
"Ada ape kak?" Batrisya duduk di hadapan Norisya.
"Takde. Saja je nak makan dengan Batrisya" Norisya mengulum senyum. "Nisa mane? Rania?"
"Diorang dah balik dulu"
"Tak ajak diorang makan sekali ke?"
"Makan kat rumah katanya"
"Sekolah macam mana?"
Batrisya berfikir seketika, "Saya tengah kelam kabut nak siapkan kerja kursus sejarah. Minggu depan minggu last hantar"
"Yeke? Macam mana dengan Airin?"
"Airin dah lama tak sekolah, kak"
Norisya diam. Sudah agak jawapannya. "Korang masih bersapa ke?"
Batrisya menghembus keluhan. "Sebenarnya en kak, Airin tu kenapa? Bat nampak Airin tu macam tak betul sejak kebelakangan ni"
"Kenapa dengan dia?"
"Akak pun tahu yang kami rapat sangat sebelum ni dengan Rania dan Nisa. Hari tu kitorang tegur baik baik Airin dekat mamak tu, - " Batrisya menggantungkan ceritanya.
"Kenapa?" tanya Norisya ingin tahu.
"Akak tak tahu ke?"
"Apa yang akak tak tahu?"
"Kitorang viral satu Malaysia sebab gaduh teruk depan mamak kelmarin sampai masuk balai" beritahu Batrisya .
"Ma- masuk balai?!"
"Benda dah viral, kak. Mungkin kitorang okey lagi, tapi satu Malaysia bahan Airin sebab mulakan pergaduhan" Batrisya mengeluh seketika. "Mesti Airin tengah sedih sekarang"
Norisya termenung seketika. Begitu jauh dia ketinggalan berita fasal adiknya. Nampaknya bukan dia sahaja dijadikan tempat melepaskan amarah, bahkan kawan-kawannya sekali pun.
"Kak, Airin tu okey ke?"
Norisya menggeleng menindakkan. "Akak pun tak sangka sebenarnya dia boleh jadi macam tu. Akak minta maaf sangat sangat ya , Batrisya"
"Takpe, kak. Nisa dan Rania pun tertanya juga keadaan Airin" kata Batrisya. "Tapi kan , kak.."
"Sumpah, kak. Kitorang tanya dia bagus bagus. Kalau akak tanya Airin macam mana kitorang boleh gaduh teruk, mesti dia cakap Bat selak kasar rambut dia. Aku tepuk bahu die je kut"
Norisya mengangguk. "Takpe, Bat. Akak faham. Akak minta maaf sangat sangat ye, Bat. Keadaan Airin sekarang tak berapa stabil"

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] friENDS
Ficção AdolescenteI'm here. You don't have to cry Start: Oct 25, 2021 End: Jan 05, 2022 Cover by: pins: @ركز يا الفاشل ركز