17

16 5 0
                                    

Doktor Hisyam menghulurkan sekeping borang, "Tolong isi butiran ini, ya"

Airin menyambut huluran itu. Dia membaca seketika maklumat-maklumat mengenai dirinya yang perlu diisi, lalu mengisi ruangan kosong yang diberi.

"Kamu penjaga dia ke?" tanya Doktor Hisyam kepada Norisya.

"Ya, doktor. Saya kakaknya"

"Ibu? Ayah?"

"T-takde"

"Takde? Jadi siapa yang jaga korang berdua?"

"Kami tinggal sendiri"

Doktor Hisyam mengangguk-angguk.

"Ini dia, doktor" Airin menghulur semula borang tadi.

Doktor Hisyam menyambut borang itu lalu membacanya. "Sekolah menengah?"

"Iy- iya"

"Bukan sekarang ni masa kamu bersekolah ke?" tanya doktor itu sambil mengerling jam tangannya sekilas. Airin hanya mendiamkan diri.

"Jadi, ada apa-apa yang boleh saya bantu? Apa masalahnya?" tanya doktor itu tanpa mengulang soalannya tadi.

Airin menoleh memandang kakaknya. Berkerut keningnya menyuruh kakaknya yang menjawab soalan Doktor Hisyam.

"Kenapa?" Doktor Hisyam tertawa perlahan. "Siapa yang nak jumpa ni sebenarnya? Yang ni ke atau yang berdiri ni?"

Airin menarik senyuman janggal, "Saya, doktor. Tapi entahlah kakak saya ni, die yang.."

"Eh, fikir ni tempat memerli ke?" Norisya menampar bahu Airin.

Sementara Doktor Hisyam pula masih sabar menunggu sambil mengulum senyum. Dia hanya memerhati gelagat adik beradik itu.

Norisya berdehem seketika, "Saya sebenarnya risau keadaan adik saya. Dari dulu, sejak ibu meninggal, dia asyik bercakap sorang sorang"

Airin berubah riak. Namun dia tidak melakukan apa apa. Dia hanya menunduk memandang lantai.

Doktor Hisyam mula menulis sesuatu di buku notanya sambil mengangguk-angguk. "Bila pertama kali kamu perasan yang dia bercakap sorang sorang?"

"Sejak ibu meninggal. Dia asyik menangis tengah malam. Makin lama, dia makin kurang menangis. Saya fikir dia dah okey, tapi bila saya jenguk dia, dia.." Norisya berhenti seketika. Dia memandang Airin sedetik sebelum melanjutkan semula bicara. "Dia bercakap sendirian seolah-olah ada orang bersamanya masa tu"

"Ada dengar tak dia borak fasal ape"

"Borak kosong. Kadang tu dia menangis"

Norisya menarik nafasnya dalam. Airin, lambat-laun kau akan tahu juga. Akak pun sebenarnya risau keadaan Airin bila Airin tahu nanti.

[C] friENDSWhere stories live. Discover now