KRINGGGG
"Siapkan latihan yang cikgu bagi. Esok cikgu periksa, ya" pesan Cikgu Latifah iaitu guru subjek Bahasa Melayu mereka sebelum keluar kelas.
"Kelas, semua berdiri. Terima kasih, cikgu"
"Terima kasih, cikgu"
Airin terus berdiri dan berjalan keluar dari kelas sebaik saja Cikgu Latifah tadi keluar. Dia ingin berjumpa segera dengan Hanif.
"Airin, tunggu dulu" panggil Adam. Airin menoleh menyahut panggilan tadi.
"Awak belum bayar yuran kelas untuk bulan ni"
Airin menggaru kepalanya yang berbalut tudung sekolah itu. Dia mengorek kocek baju seragam sekolahnya lalu mengeluarkan duit bernot 10 dan menghulurkannya pada Adam.
Tanpa bercakap banyak, Airin terus keluar dari kelas.
"Ehh Airin, tunggu dulu. Saya belum bagi balik baki duit awak"
Airin tidak menghiraukan panggilan Adam. Dia terus berjalan ke kelas sebelah. Matanya mencari-cari kelibat Hanif di sana.
"Awak cari siapa?"
Airin menoleh. Terserlah wajah seribu kerutan milik Nisa. Dia tidak mempedulikan soalan Nisa, sebaliknya dia terus menaiki tangga menuju ke bumbung sekolah.
"Ada baiknya aku tak pergi sekolah hari ni" gumam Airin seraya melabuhkan punggungnya di sebuah bangku yang disediakan di sana.
"Orang-orang memandangku jelek. Siapalah aku ni?" Airin mengembus keluhannya.
"Tak baik mengeluh"
Airin mengulum senyum. Dia membiarkannya mengambil tempat duduk disebelahnya.
"Macam mana sekolah hari ni?" tanya Hanif.
"Tak suka. Tak seronok"
"Nak sekolah lagi tak esok?"
"Tak nak. Takde gunanya saya pergi sekolah esok. Kelas BM tadi pun saya tidur je"
Hanif menarik senyum leret. Dia melihat seketika jam di tangannya. "Lagi 10 minit loceng bunyi masuk kelas"
"Saya kat sini je"
Mereka membiarkan suasana sepi menemani mereka sehinggalah loceng berbunyi. Kedengaran pelajar lain berpusu-pusu masuk ke kelas. Namun mereka hanya bertenang tanpa mengorak sedikit langkah sambil menghirup udara segar.
"Awak tak masuk kelas ke?" tanya Airin. Suara bising pelajar tadi sudah tidak kedengaran.
"Kalau saya masuk kelas, siapa nak temankan awak kat sini?"
"Awak masuklah kelas. Saya tunggu awak pulang nanti"
"Tak nak"
Airin menghembus keluhan buat kesekian kalinya. "Hanif"
"Emm?"
"Awak terlalu baik"
Hanif memandang Airin dari sisi wajahnya lama.
Airin membalas pandangan Hanif. "Apa?" Tersembur tawanya.
"Tibe lah awak ni"
"Memang agak tibe. Tapi itulah apa yang saya nak luah. Awak terlalu baik buat saya. Saya harap saya dapat bersama dengan awak sampai bila bila" luah Airin jujur dari lubuk hatinya.
Hanif memegang tangan Airin. Dia mengusap perlahan lalu dia membawa kedua-dua tangannya dan meletakkan losyen di atas telapak tangan Airin. Dia menyapu losyen itu di segenap ruang tangannya.
"Tangan awak kusam" ujar Hanif.
Airin menghidu tangannya. "Wangi nya. Bau strawberi"
"Hanif, saya minta maaf. Sejak awak kenal saya dari hari pertama, awak dah nampak macam macam. Mungkin pada pandangan awak saya ni ganas semacam. Saya tak macam tu"
"Saya tahu" Hanif menarik senyum.
Hati Airin berbunga-bunga. Sejak dia mengenali Hanif, Hanif sentiasa tersenyum kepadanya. Dia sentiasa ada untuk menemaninya di saat dia kesepian. Hanif tidak pernah meninggikan suara terhadapnya walau dia tahu Airin yang salah sewaktu memulakan pergaduhan dengan Batrisya, Nisa dan Rania hari itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] friENDS
Teen FictionI'm here. You don't have to cry Start: Oct 25, 2021 End: Jan 05, 2022 Cover by: pins: @ركز يا الفاشل ركز