Sekali lagi, Airin menyandar di dinding biliknya dengan lengan memeluk lutut rapat ke dada. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam, namun dia masih belum mandi dan tidak jamah apa apa dari tadi.
Airin tidak ingin langsung membuka sosial media. Di mana mana sahaja ada wajahnya. Benar kata polis tadi, stickernya sudah viral di serata Malaysia. Stickernya siap di promote di status whatsapp. Di tiktok lebih teruk, semua laju buat konten mengenainya.
I'm done with my life
Air mata mengalir di pipi. Aku dah bosan hidup. Ayah pernah kata dulu, sebelum kita dilahirkan, sebelum roh ditiup masuk ke dalam jasad, kita akan ditontonkan jalan hidup kita di dunia ini. Sebab tu lah bila kita pergi ke mana-mana, kadang terfikir macam pernah jumpa atau pernah ke sana sebelum ini.
Lagi satu, kita juga ditanya sama ada bersetuju atau tidak untuk lahir ke dunia ini. Kira kita kita yang ada di dunia ini adalah mereka yang bersetuju. Bagi yang tidak bersetuju pula, mereka adalah yang gugur dalam kandungan atau mati setelah dilahirkan.
Kadang aku tertanya, kenapa aku pilih untuk setuju lahir di dunia ni? Apakah penamatnya? Dia tahu kah hidup yang bakal dia lalui di dunia adalah seperit ini?
"Aku bodoh! Memang bodoh!" Airin memukul-mukul kepalanya. "Kenapa aku tak mati saja? Bodoh bodoh bodohhhh!"
"Airin!"
Pantas Hanif mendapatkan Airin. "Kenapa ni? Airin!"
Airin masih memukul-mukul kepalanya tanpa mempedulikan kehadiran Hanif.
"Airin" Hanif menekan suaranya.
Bagai baru tersedar, Airin menoleh ke arah Hanif. "Hanif? Bila awak datang?"
"Awak tak perasan saya datang ke? Awak okey ke tak ni?"
Airin diam.
"Awak belum makan dari tadi kan? Marilah makan. Saya ada bawa makanan ni" Hanif membuka bungkusan makanan lalu menghidangkan lauk ikan masak ampap di hadapan Airin.
Seketika mereka didatangi Mak Piah. Mak Piah melangkah masuk ke dalam bilik Airin, "Airin makcik risaukan betul kamu tadi. Kamu okey ke tak ni?" Mak Piah menyeka air mata Airin lalu mengusap-usap kepalanya.
"Haa ni.. Hanif ada bungkuskan makanan untuk Airin. Kesian Hanif tau, dia pun dari tadi takde makan"
Mak Piah menghulurkan botol air kepada Airin. "Nah, minum dulu. Dahlah tak makan, tak minum pula tu"
Airin tidak bergerak, hanya matanya sahaja memandang botol air itu, namun air matanya semakin laju mengalir.
"Jangan menangis, nak" Mak Piah mencapai tangan Airin untuk memegang botol tadi. "Minum, sayang"
Airin sebak. Dia menangis tersedu-sedu, namun tangannya tetap memegang botol air itu lalu minum.
"Mak Piah" panggil Airin.
"Emm?" Mak Piah menumpukan perhatiannya pada Airin. Sedia mendengar kata-katanya.
"Sejak ibu meninggal, takde orang dah nak panggil Airin sayang. Airin rindu ibu" luah Airin. Pantas Mak Piah merangkul tubuh Airin.
"Sejak Mak Piah jumpa Airin hari tu, Airin nampak sakit. Nak jumpa doktor tak esok?"
"Takpe, Mak Piah. Lingkaran hitam bawah mata ni dah memang lama ada. Airin okey je, Mak Piah"

YOU ARE READING
[C] friENDS
Teen FictionI'm here. You don't have to cry Start: Oct 25, 2021 End: Jan 05, 2022 Cover by: pins: @ركز يا الفاشل ركز