08

19 6 0
                                    

Airin mula bekerja dengan Mak Piah menjadi tukang bersih di bangunan bilik sewa itu. Hari ini, Airin sudah mulai bangun lebih awal daripada biasa. Jika sebelum ini dia selalu bangun dalam jam 11 atau 12, kini dia sudah boleh bangun jam 9 pagi.

Airin sudah menceritakan segala-galanya kepada Mak Piah. Mak Piah kini melayaninya seperti ibunya sendiri.

"Mak Piah, bila Hanif balik?"

"Kejap lagi dia balik lah"

"Tapi Mak Piah, hari tu kan Hanif balik jam 12. Kenapa lambat balik hari ini?"

"Hari tu kan Hari Jumaat"

"Ohh" Airin mengangguk. "Mak Piah, Airin tolong buang sampah hari ni ya"

"Tapi sampah tu banyak, Airin. Boleh ke?"

Airin meletakkan mop di dalam baldi, "Takpe, Mak Piah. Airin pinjam kereta sorong pakcik sekuriti" ujarnya sambil berlalu pergi.

Airin menolak kereta sorong tadi menuju ke pondok longgokon sampah. Sesampainya dia di sana, dia terus membuang sampah lalu menepuk-nepuk tangannya. Dia menyorong semula kereta sorong tadi balik ke bangunan bilik sewa.

Seketika dia terserempak dengan sekumpulan lelaki yang merokok sambil beriringan dengan teman wanita mereka. Airin terus menyorong kereta sorong sambil mengemaskan penutup muka.

"Eh? Bukan tu akak baju kuning 2.0 ke?"

"Mana, mat?"

"Tu dia"

"Macam dia, tapi bukan"

"Dia lah tu"

"Ehh haah lah. Dia wey"

"Dia ke?"

"Rakam rakam rakam"

"Video ni mesti fyp punyaaa"

Airin melangkah lebih laju. Ingat seronok lah tu kenakan orang?

"Airin"

"Hanif?"

"Biar saya sorong untuk awak" Hanif tolong Airin menyorong kereta sorong tadi sehingga bangunan bilik sewa.

"Kan ini kerja saya buang semua sampah ni. Kenapa awak yang buat pula?"

"Sampah dah berlonggok tahu tak? Lagipun, awak kan baru balik dari sekolah. Mesti penat"

"Dah balik?"

"Dah" jawab Airin dan Hanif serentak.

"Lepas ni, rehatlah. Malam nanti baru sambung" ucap Mak Piah.

[C] friENDSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang