09

20 6 0
                                    

Airin melihat-lihat biliknya yang sudah dipenuhi perabot-perabot seperti katil, almari, meja, televisyen dan lain-lain. Semua perabot ini diterima daripada Mak Piah yang ikhlas memberi.

Tok tok tok

"Ya?" Airin membuka daun pintu. Muncul Mak Piah di hadapan Airin.

"Mak Piah?"

Mak Piah masuk ke bilik Airin dengan membawa sepasang baju seragam sekolah di tangannya.

"Airin, Mak Piah dah sediakan baju sekolah ni untuk kamu. Apa kata kamu ke sekolah esok?" cadang Mak Piah.

"Sekolah?" Airin terbayang sekiranya Batrisya dan gengnya membulinya seperti hari itu.

Pantas Airin menggeleng. "Tak nak, Mak Piah. Macam mana nanti kalau diorang buli Airin lagi nanti? Mesti di sekolah nanti diorang sindir Airin sebab kakak Airin terlanjur. Nanti diorang panggil Airin adik pelacur, tak nak lah Airin!"

"Tapi Airin, Airin dah tingkatan 5 kan? Airin kan ada SPM tahun ni" pujuk Mak Piah.

"Airin tak kesah. Ramai je orang takde sijil SPM tapi masih boleh hidup. Airin akan tetap tinggal di sini dan kerja di sini" Airin berkeras.

"Airin" celah Hanif. "Awak dah tak nak sekolah ke?"

Airin terdiam.

"Kita boleh pergi sekolah sama sama"

"Tapi sekolah kita lain"

"Saya baru je berpindah ke SMK Sang Mutia hari tu. Saya dapat tahu yang awak pun sekolah kat sana"

"Haa tu" Mak Piah menepuk bahu Airin sekali dua kali. "Pergilah sekolah ngan Hanif esok"

[C] friENDSWhere stories live. Discover now